Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat: Berapa Makcik Kiah Dapat?

Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang ke-3 untuk membawa rakyat Malaysia menampan impak COVID-19 terhadap negara. Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) ini memperuntukkan RM250 billion yang kebanyakkannya adalah bantuan tunai kepada rakyat.

Salah satu yang mencuri tumpuan ialah contoh yang diberikan beliau iaitu keluarga Makcik Kiah yang mungkin merujuk kepada golongan kebanyakkan dan juga yang paling terkesan dalam situasi ini.

Latar Belakang Keluarga Makcik Kiah

  • Dia ialah seorang penjual gorpis yang tinggal di PPR Desa Tun Razak.
  • Suaminya ialah seorang pesara kerajaan yang kini bekerja sebagai pemandu Grab.
  • Anak Makcik Kiah seorang peminjam PTPTN.
  • Pendapatn isi rumah Makcik Kiah adalah bawah RM4,000/bulan.

Berapa keluarga Makcik Kiah terima bawah pakej rangsangan ekonomi ini?

Bantuan tunai

  1. RM1,600 – Bayaran Prihatin Nasional
  2. RM600 – Baki BSH
  3. RM500 – bantuan pesara
  4. RM500 – bantuan pemandu e-hailing
  5. RM800 – bantuan orang bujang RM800
  6. RM200 – sehingga bencana COVID-19 diatasi sekiranya suami Makcik Kiah seorang petugas RELA.

Penjimatan Tunai

  1. RM744 – 6 bulan pengecualian sewa PPR selama 6 bulan
  2. RM1800 – 6 bulan penangguhan bayaran pinjamaan kenderaan
  3. RM120 – diskaun 6 bulan bil elektrik
  4. RM1200 – penangguhan 6 bulan bayaran PTPTN
  5. RM600 – penangguhan 6 bulan bayaran kredit mikro perusahaan gorpis.

Menurut PM, keluarga Makcik Kiah akan nikmati pemberian tunai dan penjimatan sebanyak RM8,664. Beliau berharap, bantuan itu dapat mengukir senyuman pada keluarga tersebut dan seterusnya kepada rakyat Malaysia.

BACA  Perlu daftar MySejahtera di stesen minyak atau risiko disaman RM1,000