Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengeluaran KWSP sehingga RM6000 dan penangguhan bayaran PTPTN 6 bulan untuk ringankan beban rakyat

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin hari ini tampil dalam satu pengumuman khas bagi membentangkan inisiatif terbaru kerajaan berhadapan wabak COVID-19. Majlis Keselamatan Negara pagi ini telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menyalurkan pakej rangsangan ekonomi yang baru, bagi membantu orang ramai.

Terdapat empat perkara yang dibentangkan Perdana Menteri dalam pakej ini, dengan dua darinya diberikan terus kepada rakyat. Pertama ialah kemudahan pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), untuk semua ahli berumur bawah 55 tahun. Ia merupakan inisiatif tambahan selepas kerajaan membenarkan pencarum menyumbang hanya 7% dari gaji mereka, berbanding kadar biasa 11%.

Pengeluaran dihadkan kepada RM500/bulan untuk tempoh 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020 tetapi masih belum dinyatakan caranya. Diharapkan kerajaan akan menyediakan cara permohonan dalam talian serta tidak perlu keluar rumah. Bagaimanapun, permohonan ini masih tertakluk kepada kelulusan. Masih tiada penerangan bagaimana bentuk permohonan yang akan diluluskan.

Kedua, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman, dilanjutkan ke 6 bulan. Pada minggu lepas, Menteri Pertahanan telah mengumumkan penangguhan ini selama 3 bulan sahaja, tetapi kini ia ditangguhkan sehingga 30 September 2020.

Selain dua perkara ini, perkara lain yang diumum dalam pakej rangsangan ekonomi ini ialah peruntukan tambahan RM200 juta buat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19.

Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM100 juta untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat. Ini kerana kakitangan hospital dan jururawat sedia ada terlalu penat dan lelah akibat bekerja pada waktu yang panjang untuk menguruskan saringan kes COVID-19.

BACA  Xiaomi Mi 10 Pro: Semua Yang Anda Perlu Tahu