Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tak Setuju Dengan Caruman KWSP 7%? Ini Cara Untuk Kekalkan Pada 11%

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Interim, kadar caruman bahagian pekerja untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diturunkan daripada 11% kepada 7%. Ia adalah salah satu insiatif bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk memperkasa kuasa beli rakyat dalam situasi COVID-19 ini.

Kadar caruman 7% ini akan berkuat kuasa untuk gaji bulan April 2020 anda dan akan berlanjutan sehingga Disember 2020. Bagi kesan ke atas negara, kerajaan menjangkakan kira-kira RM10 bilion akan masuk ke dalam kuasa beli rakyat sepanjang 9 bulan kadar itu dikuatkuasakan.

Di pihak rakyat pada tahap individu, anda boleh jangkakan lebihan sebanyak 4% daripada biasa ke atas gaji bersih anda. Contohnya, jika gaji bersih anda adalah RM2,000 sebulan, sepanjang April hingga Disember 2020 ini, anda akan terima RM2,080.

Namun, ada suara-suara kedengaran yang kadar rendah sementara ini boleh memberi impak jangka panjang terhadap simpanan wang persaraan, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. Tak ketinggalan juga yang mengatakan kesan jangka panjang sangatlah minimum kerana pengurangan caruman cuma 4% untuk 9 bulan.

Sekiranya anda tak bersetuju dengan penurunan sementara ini, ada cara untuk anda lakukan bagi kekalkan caruman pada kadar 11%.

Cara untuk kekalkan caruman 11%

Anda cuma perlu isi borang iaitu KWSP 17A (Khas 2020). Ia sedikti berbeza berbanding borang biasa KWSP 17A (AHL). Borang tersebut boleh dimuat turun percuma di sini.

Selepas mengisinya, anda boleh hantarkannya pada majikan untuk disahkan dan pihak majikan akan menghantarkannya, bagi piuhak anda, ke pejabat KWSP yang berhampiran.

BACA  Green Packet bakal pasang 63 pengimbas suhu dilengkapi AI di 63 sekolah swasta di Malaysia