• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

McDonald’s kekal tutup ruang makan sepanjang pelaksanaan PKPB

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:37 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
McDonald’s kekal tutup ruang makan sepanjang pelaksanaan PKPB
Share on FacebookShare on Twitter

McDonald’s mengumumkan bahawa pihaknya akan kekal menutup ruangan makan, walaupun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk makan di kedai, menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan di laman web dan media sosial restoran makanan segera itu yang bertujuan bagi menjaga keselamatan pelanggan dan juga kakitangan mereka daripada jangkitan COVID-19.



Pelanggan masih boleh membeli dan mendapatkan hidangan dari McDonald’s dengan pembelian bungkus (take-away) atau pandu lalu yang dibuka dari pukul 8 pagi sehingga pukul 10 malam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kebenaran untuk sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi semula dalam pelaksanaan PKPB.



Kebenaran ini juga melibatkan pembukaan kedai makan termasuk kelonggaran untuk makan di kedai dengan syarat. Pemilik restoran perlu menjaga jarak sosial dan langkah keselamatan serta pencegahan yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi memastikan jarak sosial, pengusaha perlu menjarakkan tempat makan sekurang-kurangnya dua meter antara meja, hanya seorang dibenarkan duduk di meja kecil dan tiga hingga empat orang bagi meja besar. Jarak satu meter perlu ditetapkan untuk pelanggan beratur membuat pembayaran di kaunter.

Selain menjaga jarak sosial, pihak restoran perlu membekalkan topeng muka penutup hidung dan mulut untuk pekerja, menyediakan pensanitasi tangan, sabun di tempat cuci tangan dan melakukan disinfeksi di meja selepas pelanggan pulang.

Pemilik restoran juga disarankan supaya membuat pemeriksaan suhu badan pelanggan sebelum memasuki premis. Maklumat pelanggan seperti nama, nombor telefon dan waktu kunjungan perlu direkodkan. Ia bertujuan bagi memudahkan pengesanan kontak jika ada pesakit positif COVID-19 mengunjungi restoran berkenaan.

Sebaiknya dalam tempoh penularan COVID-19, tak perlu untuk makan di kedai, bungkus atau beli menerusi pandu lalu. Sebaiknya guna khidmat penghantaran makanan, lebih selamat dan tak perlu keluar rumah.

Sumber: Malay Mail, Bernama

Tags: McDonaldmcdonalds
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

McDonald’s kekal tutup ruang makan sepanjang pelaksanaan PKPB

McDonald’s kekal tutup ruang makan sepanjang pelaksanaan PKPB

4 May 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN