• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A92: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:45 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan penjualan Oppo A92. Ia adalah model tambah baik Oppo A9 2020. Masih lagi kekalkan manfaat generasi sebelumnya, tambah baik kali tentu sekali bakal jadi telefon multimedia terbaik dalam kelasnya.

Oppo A92 di Malaysia ditawarkan dalam varian 8GB dan storan 128GB sahaja pada harga RM1,199. Anda boleh dapatkannya dalam dua warna iaitu putih dan hitam.



Tempahan untuk milikinya sudahpun dibuka dengan deposit sebanyak RM100 diperlukan. Namun, ia hanya akan diedarkan kepada anda pada 9 Mei 2020.

Antara platform dalam dan luar yang tawarkan Oppo A92 ialah seperti:



  • Lazada
  • Shopee
  • Senheng
  • SenQ
  • DirectD
  • Urban Republic
  • Celcom
  • Digi
  • Maxis

Anda yang lakukan tempahan awal akan menerima pemberian bernilai RM298. Salah satu daripadanya ialah seunit speaker Bluetooth yang bernilai RM199 serta jaminan tambahan 1 tahun bernilai RM99.

Ada juga tawaran budle pembelian Oppo A92. Anda boleh kepilkan seunit earfon Enco M31 pada harga RM129 daripada harga asal RM199 semasa tempahan awal.

Spesifikasi Oppo A92

Asasnya, Oppo A92 ialah Oppo A9 (2020) yang ditambah baik. Kesemua komponen antara mereka adalah sama kecuali pada bahagian paparan, bateri, dan perubahan pada kedudukan kamera.

Bahagian depan kini gunakan paparan berlubang berbanding takuk

Salah satu kekurangan A9 (2020) adalah paparan HD+-nya yang tidak sepadan dengan speaker stereo yang digalasnya. Tapi kini, A92 memenuhi kekurangan tersebut dan secara tak langsung boleh jadi telefon untuk menonton Netflix terbaik pada harga yang ditawarkannya.

Komponen kamera dan pengimbas cap jari sama tapi kedudukan dipindahkan

Manfaat bateri besar 5,000mAh sebelum ini tetap ada dan ditambah baik. Ia kini menyokong pengecasan pantas 18W. Ia cukup untuk sebuah telefon kelas harga patut dalam tahun 2020.

Kuad kamera belakang Oppo A92

Bahagian kamera, walaupun kedudukan kamera berubah, komponen dalamannya tetap sama untuk kamera depan dan belakang. Di bahagian belakang, anda beroleh kamera 48MP, 8MP (ultralebar), 2MP (potret), dan 2MP (makro)

Swafoto diambil menggunakan kamera 16MP.

Kini menyokong pengecasan pantas 18W
Tapi masih kekalkan speaker stereo

Spesifikasi Oppo A92

Tags: oppoOppo A92
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo A92: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

4 May 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER