• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelayar Web Di Telefon Xiaomi Dikesan Cabul Privasi Pengguna

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:35 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
Pelayar Web Di Telefon Xiaomi Dikesan Cabul Privasi Pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dilaporkan portal Forbes, seorang pengguna mendapati yang telefon Redmi Note 8 miliknya merekodkan setiap perilaku penggunaan telefonnya dan dihantar ke pelayan yang dimiliki Xiaomi.

Mengetahui akan berita tersebut, seorang penyelidik keselamatan siber, @cyberGibbons pun mulalah lakukan penyiasatan yang tersendiri dan mengesahkan perkaran tersebut memang berlaku dah mendemonstrasikannya melalui satu video yang dimuat naik di YouTube.



Apa yang beliau temui ialah, 3 pelayar web yang dibangunkan Xiaomi iaitu:

  1. Mi Browser,
  2. Mint Browser, dan
  3. Mi Browser Pro

melaporkan frasa cariannya di Google ke pelayan yang berlokasi di Singapura dan Russia.



A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Lebih parah, data tetap direkodkan walaupun dia menggunakan ciri Incognito.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
Sumber

Dia juga mendapati yang data hasil pungutan browser ini tidak disulitkan sewajarnya. Hal ini kerana, walaupun memang ada penyulitan, dia boleh nyahkod data tersebut menggunakan aplikasi yang sedia digunakan dalam talian.

Sepatutya, algoritma nyahkod ini hanya dimiliki Xiaomi seorang sahaja untuk mengelakkan pihak ketiga mempergunakannya untuk apa tujuan sekali pun.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Merekodkan data itu satu hal, namun dengan tidak menggunakan kod rawak untuk setiap data yang dihimpun menyebabkan Xiaomi dengan mudahnya menjejaki telefon manakah yang menghamburkan data tersebut dan seterusnya mengetahui siapakah penggunanya.

A screenshot of a computer

Description automatically generated

Sungguhpun dengan bukti tersebut, Xiaomi tetap menafikannya dan menjelaskannya dalam satu utusan di blog mereka apabila mempamerkan kod aturcara browser tersebut yang memang memberikan kod unik yang rawak untuk pengguna, tapi tidak pula mengatakan yang kod tersebut miliki tempoh luput dan kod baru diberikan pada pengguna yang sama.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Ujar penyelidik tersebut, ia tidak dapat pastikan yang adakah perkara ini berlaku ke atas setiap produk Xiaomi. Namun, setakat ujiannya menggunakan beberapa model telefon Xiaomi, jawapannya adalah ya. Hal ini kerana, masalah tersebut tertanam dalam kod aturcara browser itu sendiri dan ia terpasang secara default di setiap satu telefon Xiaomi.

Sumber: Forbes, Xiaomi, Digit

https://www.youtube.com/watch?v=1GdKvvG3zoY
Tags: xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pelayar Web Di Telefon Xiaomi Dikesan Cabul Privasi Pengguna

Pelayar Web Di Telefon Xiaomi Dikesan Cabul Privasi Pengguna

5 May 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN