• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas tanpa had RapidKL My100 dan My50 kini boleh digunakan selama 45 hari

  • OLEH Najib
  • 5:10 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
Pas tanpa had RapidKL My100 dan My50 kini boleh digunakan selama 45 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), banyak perniagaan dan pejabat telah kembali beroperasi. Sehubungan itu, pengangkutan awam turut beroperasi semula sepenuhnya.

Bagi meringankan beban pengguna, RapidKL kini mengumumkan bahawa pas perjalanan tanpa had My100 dan My50, akan memiliki tempoh penggunaan lebih panjang selama 45 hari, berbanding hanya 30 hari sebelum ini.



Tawaran 45 hari ini diberikan kepada pembeli pas atau membaharui pas antara 4 hingga 31 Mei 2020. Pas My100 dan My50 boleh didapati di semua kaunter khidmat pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih.

Pembelian pas My100 yang berharga RM100, memberikan pengguna perjalanan tanpa had menaiki bas RapidKL dan semua tren kendalian RapidKL iaitu LRT, MRT, Monorel serta BRT dan bas MRT. Manakala pas My50 yang berharga RM50, memberikan perjalanan tanpa had untuk menaiki bas RapidKL dan bas MRT, tetapi tidak termasuk BRT.



Semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL akan mula beroperasi seperti biasa, dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. Waktu puncak pula ditetapkan dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi, dan pukul 4 petang hingga 7 malam. Frekuensi kekerapan akan dipertingkat pada waktu puncak, agar lebih banyak tren dapat beroperasi.

Sebagai langkah keselamatan, semua penumpang wajib memakai topeng muka dan menggunakan pembasmi kuman. Penumpang juga diminta mematuhi penjarakan sosial dan menuruti arahan yang ditetapkan untuk mengawal kelancaran dan memastikan tidak ada orang ramai berkumpul bersama.

Pengesanan suhu akan diadakan di semua pintu masuk stesen. Mereka yang memiliki suhu badan yang tinggi, tidak akan dibenarkan menaiki pengangkutan awam dan diminta membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan.

Sumber: MyRapidKL

Tags: Perintah Kawalan PergerakanRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Pas tanpa had RapidKL My100 dan My50 kini boleh digunakan selama 45 hari

Pas tanpa had RapidKL My100 dan My50 kini boleh digunakan selama 45 hari

5 May 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN