• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Kenapa ramai gamer mahu miliki telefon pintar dengan paparan 90Hz?

  • OLEH Penaja
  • 5:52 pm
  • 05/05/2020
  • Komen
Kenapa ramai gamer mahu miliki telefon pintar dengan paparan 90Hz?
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah satu ketika, kamera menjadi penanda aras untuk seseorang membeli telefon pintar. Lagi bagus hasil gambar kamera, maka makin tinggi keinginan memilikinya.

Tetapi zaman itu sudah lama berlalu. Masakini, lebih ramai yang mengimpikan telefon pintar yang bukan sahaja berprestasi tinggi. Malah ia boleh memenuhi banyak ciri-ciri sebuah peranti permainan konsol.

Salah satu darinya ialah paparan dengan kadar segar semula (refresh rate) melebihi 60Hz. Tetapi kenapa?

Paparan yang memiliki refresh rate 60Hz adalah paparan biasa, yang terdapat pada kebanyakan monitor dan skrin. Bagi peminat permainan video, paparan yang memiliki refresh rate melebihi 60Hz lebih kepada satu keperluan.

Jika dilihat di pasaran, monitor dengan refresh rate melebihi 60Hz, semuanya digelar sebagai monitor gaming. Monitor biasa tetap kekal dengan 60Hz sahaja.

Ini kerana refresh rate lebih tinggi memberi kepuasan yang juga lebih tinggi kepada pemain game, menerusi kelancaran setiap pergerakan di dalam paparan. Mungkin ini sukar difahami, jadi mari kita lihat contoh di bawah.

Video ini membandingkan paparan 30Hz dan paparan 60Hz. Dapatkah anda lihat perbezaannya? Paparan 60Hz memiliki kelancaran yang membuatkan mata anda melihat dengan lebih tenang kerana kurang kekaburan pergerakan.

Jadi bayangkan, bagaimana pula dengan telefon pintar yang memiliki paparan skrin melebihi 60Hz. Secara kasar, telefon pintar yang memiliki paparan 90Hz berharga lebih RM2,000 di Malaysia.

Tetapi anda sebenarnya boleh memilikinya dengan harga di bawah RM1,000. Satu-satunya telefon pintar yang memenuhi ciri-ciri ini ialah realme 6.

realme 6 telah dijual di Malaysia pada harga bermula dari RM999, dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Ia juga datang dalam versi RAM 8GB dan storan 128GB, pada harga RM1,199 sahaja.

realme 6 memiliki skrin 90Hz, bersama kuasa pemproses Mediatek Helio G90T yang memberikan prestasi bermain game yang tinggi. Ia turut dibekalkan bateri besar, berkapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W. Inilah ciri-ciri yang menjadi idaman ramai gamers.

Untuk mereka yang mahukan kuasa lebih tinggi, boleh dapatkan realme 6 Pro yang akan tiba tidak lama lagi. Ia diperkasa cip Snapdragon 720G, dua kamera hadapan serta kamera belakang yang lebih hebat. Ia turut memiliki skrin 90Hz, bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 30W.

Jika anda suka bermain game, anda haruslah sekurang-kurangnya memiliki realme 6. Ini kerana harganya sangat mampu dimiliki dan penuh dengan ciri-ciri yang diperlukan seorang gamer, untuk sentiasa memenangi apa jua tahap cabaran di dalam permainan yang dimainkan di telefon pintar.

(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh realme Malaysia)

Tags: penajaRealmeRealme 6Realme 6 Pro
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kenapa ramai gamer mahu miliki telefon pintar dengan paparan 90Hz?

Kenapa ramai gamer mahu miliki telefon pintar dengan paparan 90Hz?

5 May 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER