• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Motosikal dan Bas Ekspress kini dibenarkan bergerak merentas negeri

  • OLEH Najib
  • 11:39 pm
  • 07/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa mengumumkan kemaskini aplikasi Gerak Malaysia versi 2.5, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, hanya kereta dibenarkan untuk bergerak merentas negeri selepas memohon di dalam aplikasi Gerak Malaysia. Motosikal dan bas ekspress tidak dibenarkan untuk pergerakan dari 7 hingga 10 Mei 2020.

Tetapi hari ini, beliau mengumumkan bahawa sekatan itu telah ditarik. Kini, motosikal dan bas ekspress dibenarkan untuk bergerak merentas negeri. Bagaimanapun, semua langkah-langkah keselamatan yang dimaklumkan perlu dipatuhi.



Antaranya, bas ekspress hanya boleh membawa separuh penumpang sahaja. Jika mereka memliki 40 kerusi, hanya 20 penumpang boleh menaikinya. Perkara yang sama untuk keretapi seperti KTM komuter dan ETS, tidak ada orang boleh duduk bersebelahan.

Sumber: PDRM

Bagi penunggang motosikal yang mahu bergerak merentas negeri, mereka perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan PDRM dan memohon kebenaran menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Jadual pergerakan adalah seperti berikut:



  • 7 Mei – dari Kuala Lumpur
  • 8 Mei – dari Perak, Johor dan Kelantan
  • 9 Mei – dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 10 Mei – dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Pergerakan merentas negeri ini hanya dibenarkan untuk mereka yang berada di kampung untuk pulang ke bandar. Tiada pergerakan untuk balik kampung dibenarkan. Tetapi pergerakan dua hala untuk mengambil ahli keluarga di kampung pulang ke bandar adalah dibenarkan.

Permohonan kebenaran di aplikasi Gerak Malaysia harus dibuat pada hari pergerakan kerana kod QR yang dijana dari permohonan tersebut hanya boleh digunakan pada hari yang sama. Jika anda tidak boleh memohon melalui aplikasi, permohonan menggunakan borang boleh diisi di balai polis berhampiran. Tetapi temujanji perlu dibuat terlebih dahulu dengan membuat panggilan ke balai polis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Tags: Gerak MalaysiaPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

PKP: Motosikal dan Bas Ekspress kini dibenarkan bergerak merentas negeri

7 May 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN