• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar baru Honor dengan kamera 48MP mungkin dilengkapi Google

  • OLEH Najib
  • 4:30 pm
  • 12/05/2020
  • Komen
Telefon pintar baru Honor dengan kamera 48MP mungkin dilengkapi Google
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini memberi petunjuk bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar baharu tidak lama lagi. Hanya satu gambar yang dikongsikan bersama maklumat tentang kameranya, iaitu dwi-kamera belakang gabungan kamera utama 48MP dan kamera kedua 2MP pengesan kedalaman.

Dijangkakan telefon pintar ini akan dilancarkan sebelum menjelangnya Hari Raya tetapi kita perlu menunggu tarikhya diumumkan. Tetapi model apakah yang akan dilancarkan ini?



Dari maklumat dwi kamera 48MP+2MP, kami menemui satu model telefon pintar Honor yang baru dilancarkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Model tersebut ialah Honor 9X Lite. Ia dilihat bertepatan dengan pasaran Malaysia memandangkan Honor 9X dan Honor 9X Pro telah pun dijual di Malaysia.

Lebih menarik lagi, Honor 9X Lite kelihatan masih dibenarkan menggunakan Google Mobiles Services (GMS). Bermakna ia memiliki Google Playstore dan boleh menjalankan aplikasi Google lain seperti YouTube, Drive, Maps dan lain-lain.



Dari laman web Honor AED, Honor 9X Lite dikuasakan cip Kirin 710F, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya dilihat kecil, berkapasiti 3,750mAh dan mengecas melalui mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Kamera belakangnya gabungan kamera utama 48MP F1.8 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 8MP F2.0, terletak di dalam takuk yang agak besar di atas skrin.

Di AED, Honor 9X Lite dijual pada harga AED699 (~RM824). Untuk perbandingan, Honor 9X Pro dijual di UAE pada harga AED999, manakala di Malaysia ia berharga RM999 sahaja. Jika tepat kira-kira kami, kalau benar Honor 9X Lite ini akan dijual di Malaysia, ia akan berharga RM699.

Kita nantikan pengumuman selanjutnya dari Honor Malaysia tidak lama lagi.

Tags: honorHonor 9X Lite
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Telefon pintar baru Honor dengan kamera 48MP mungkin dilengkapi Google

Telefon pintar baru Honor dengan kamera 48MP mungkin dilengkapi Google

12 May 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER