Selain sentiasa mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri, perkara lain yang turut perlu dijaga kebersihannya ialah peranti yang sering digunakan, seperti telefon pintar dan jam tangan pintar.
Tetapi bagaimanakah cara untuk selalu menggunakan peranti tersebut sambil menjaga kebersihannya? Samsung telah berkongsi beberapa cadangan dan petua untuk menjaga kebersihan peranti dengan berkesan dan selamat.
Kenapa Telefon Pintar Harus Selalu Dibersihkan?
Menurut kajian firma perunding antarabangsa Deloitte, pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat melihat telefon pintar mereka sekitar 14 bilion kali sehari. Dari itu, setiap individu secara purata memegang telefon pintar mereka sebanyak 52 kali sehari. Jumlah ini meningkat dari sehari ke sehari kerana penggunaan peranti dan komunikasi yang semakin banyak digunakan.
“Kajian kami menunjukkan bahawa virus boleh hidup di permukaan plastik atau besi sehingga 2 atau 3 hari,” jelas Dr. Doo-Ryeon Chung, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Jangkitan di Pusat Perubatan Samsung. “Untuk menggunakan telefon pintar dengan selamat, adalah penting untuk anda menjaga kebersihan peranti.”
Amalan Terbaik Kebersihan Telefon Pintar
Perkara pertama yang perlu diingat apabila mahu membersihkan peranti Galaxy anda ialah jangan menggunakan pembersih biasa, penyebur udara termampat atau produk pembasmi kuman berasaskan peluntur. Walaupun produk sebegini berguna bagi kegunaan biasa untuk kebersihan di rumah, ia boleh mencacatkan atau merosakkan lapisan selaput oleofobik di atas skrin telefon, yang melindungi skrin dari kekotoran kesan capjari.
Untuk mengekalkan pengalaman terbaik menggunakan telefon pintar Galaxy selepas dibersihkan, pastikan anda mematikan sepenuhnya peranti tersebut dan mencabutnya dari casing, kabel dan lain-lain aksesori. Selepas selesai melakukannya, gunakan kain mikrofiber bebas serat (lint-free microfiber cloth) untuk megelap bahagian luaran peranti.
Jika perlu, anda boleh menggunakan air suling atau pembasmi kuman dalam kuantiti yang kecil, seperti produk berasaskan asid hypoklorous (50-80ppm) atau alkohol (lebih 70% ethanol atau isopropyl alkohol). Tetapi gunakannya ke atas kain mikrofiber, bukannya secara terus ke telefon pintar dan pastikan tiada cecair masuk ke dalam bahagian telefon yang terbuka. Basahkan kain anda dengan pembasmi kuman dan lap dengan lembut bahagian depan dan belakang peranti anda untuk membersihkannya.
Anda juga boleh menggunakan cara yang sama di atas untuk membersikan permukaan jam pintar Galaxy Watch, tetapi selepas strapnya dicabut. Walaupun cara pembersihan ini tidak boleh digunakan pada permukaan kulit atau getah, ia bersesuaian untuk digunakan pada permukaan kaca, seramik dan besi, seperti paparan telefon pintar Galaxy dan muka jam Galaxy Watch.
Sumber: Samsung