• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Oppo buka sebahagian kedai dan pusat servis telefon mulai 14 Mei

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:21 pm
  • 15/05/2020
  • Komen
PKPB: Oppo buka sebahagian kedai dan pusat servis telefon mulai 14 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo membuka semula operasi kedai dan pusat servis telefon terpilih, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Mei 2020.

Menurut kenyataan dari Oppo, pihaknya hanya membuka sebahagian daripada premis dan pusat servis di Malaysia serta akan mengutamakan keperluan pelanggan yang penting seperti membaik-pulih telefon.



Senarai kedai dan pusat servis telefon Oppo yang dibuka boleh di rujuk di sini.

Langkah keselamatan premis

Bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan sepanjang operasi dijalankan, Oppo juga akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk pembukaan sektor ekonomi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.



Langkah yang diambil pihak Oppo adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan suhu untuk semua pekerja dan pelanggan sebelum memasuki premis
  2. Memastikan pemakaian topeng muka penutup hidung dan mulut
  3. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1.5 meter
  4. Melakukan sanitasi menyeluruh di premis sekurang-kurangnya dua kali sehari
  5. Menyediakan pensanitasi tangan di premis

Pihak Oppo turut menawarkan khidmat mensanitasi peranti yang ditawarkan secara one-time in-store kepada pelanggan disemua premis yang terlibat.

Jualan dalam talian meningkat

Terdahulu, bermula 18 Mac 2020, Oppo telah menutup operasi kedai fizikal mereka di seluruh negara. Penutupan berkenaan tidak menjejaskan jualan telefon pintarnya, selepas saluran dalam talian mencatatkan peningkatan untuk penjualan peranti sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Oppo telah melaksanakan pelbagai langkah seperti menawarkan khidmat penghantaran pada hari sama untuk pembelian di stor dalam talian.

Selain itu, dalam usaha memberi semangat kepada masyarakat sepanjag mengharungi PKP, Oppo turut membuat beberapa rancangan strim secara langsung dan memberikan 3,500 topeng muka kepada semua pengguna Oppo.

Tags: oppopkpd
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
PKPB: Oppo buka sebahagian kedai dan pusat servis telefon mulai 14 Mei

PKPB: Oppo buka sebahagian kedai dan pusat servis telefon mulai 14 Mei

15 May 2020
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER