• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pelanggan Asto IPTV kini boleh bertukar ke Ultra Box secara percuma

  • OLEH Najib
  • 4:07 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
Pelanggan Astro boleh naik taraf ke Ultra Box 4K secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Astro hari ini mengumumkan bahawa set-top-box (STB) terbaru mereka, Ultra Box kini boleh dinikmati oleh pelanggan Astro IPTV. Tetapi ia terhad untuk pelanggan di rangkaian Maxis Home Fiber dengan kelajuan dari 30Mbps.

Astro Ultra Box memberikan pengalaman lebih baik buat pengguna dengan ciri-ciri seperti siaran 4K UHD, rakaman awan (cloud recording), paparan baharu yang lebih lancar dan serupa di semua peranti, cadangan kandungan yang lebih menepati citarasa pengguna, fungsi ‘play from start‘ dan berupaya merakam pelbagai program secara serentak.



Pengguna Astro IPTV yang tidak mempunyai sebarang kontrak, boleh menaik taraf ke Ultra Box secara percuma. Tetapi naik taraf ini darang bersama kontrak baharu 24 bulan.

Pengguna juga diingatkan bahawa tawaran naik taraf Ultra Box percuma ini hanya untuk pengguna di dalam liputan rangkaian Maxis Home Fiber, termasuk yang menggunakan rangkaian TM HSBB. Ia tidak boleh dinikmati oleh pelanggan di rangkaian VDSL serta TIME Fiber. Untuk menikmati pengalaman Ultra Box sepenuhnya, pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan TV 4K yang serasi di rumah.



Bagi pelanggan baru Astro IPTV, mereka turut boleh menikmati naik taraf percuma ini dengan rebat sebanyak RM10/bulan untuk langganan Pek Permulaan dan ke atas. Manakala bagi pelanggan yang telah melanggan pek Super dan Super Plus, rebat sebanyak RM20/bulan diberikan. Rebat ini diberikan untuk 24 bulan yang pertama sahaja.

Jika anda berminat untuk melanggan atau menaik taraf ke Ultra Box, boleh hubungi Astro di talian 03 7490 8000 atau layari laman web Astro Broadband. Dapatkan juga maklumat lanjut menerusi ruangan soalan lazim FAQ.

Tags: astroAstro Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Pelanggan Astro boleh naik taraf ke Ultra Box 4K secara percuma

Pelanggan Asto IPTV kini boleh bertukar ke Ultra Box secara percuma

19 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

12 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER