• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 9X Lite, Magic Earbuds dan Scale 2, ekosistem baru Honor tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:31 pm
  • 27/05/2020
  • Komen
Honor 9X Lite, Magic Earbuds dan Scale 2, ekosistem baru Honor tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini memperkenalkan tiga produk baru mereka iaitu telefon pintar Honor 9X Lite, fon telinga Honor Magic Earbuds dan penimbang berat Honor Scale 2. Ia merupakan usaha terbaharu Honor untuk membawa lebih banyak ekosistem digital mereka ke Malaysia.

Ketiga-tiga produk yang baru diumumkan ini akan mula dijual di Malaysia pada 28 Mei 2020. Ia akan boleh dibeli di stor dalam talian HiHonor serta di stor fizikal Honor Experience Store, Senheng dan Senq.



Harga jualan produk baharu Honor ini adalah seperti berikut:

  • Honor 9X Lite (4GB+128GB) – RM699
  • Honor Magic Earbuds – RM499 (Harga pengenalan RM399)
  • Honor Scale 2 – RM99

Orang ramai juga boleh mendapatkan hadiah percuma dengan menjadi pembeli terawal. Semak senarai hadiah yang diberikan di bawah:



Honor 9X Lite – RM699
HiHonor – Percuma Powerbank Honor 10,000mAh + Baucar HiHonor RM70
Shopee – Percuma Powerbank Honor 10,000mAh
Honor Experience Store – Percuma Powerbank Honor 10,000mAh

Honor Magic Earbuds – RM499
HiHonor – Diskaun RM100 + Percuma Honor Scale 2 + Baucar HiHonor RM50
Shopee – Diskaun RM100 + Percuma Honor Scale 2
Senheng/Senq – Diskaun RM100 + Percuma Honor Scale 2

Honor Scale 2 – RM99
HiHonor – Percuma Mug Honor + Baucar HiHonor RM10
Lazada – Percuma Mug Honor
Shopee – Percuma Mug Honor

Honor 9X Lite

Honor 9X Lite dikuasakan cip Kirin 710F, RAM 4GB dan storan 128GB. Baterinya dilihat kecil, berkapasiti 3,750mAh dan mengecas melalui mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Kamera belakangnya gabungan kamera utama 48MP F1.8 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 8MP F2.0, terletak di dalam takuk yang agak besar di atas skrin.

Honor Magic EarBuds

Manakala Magic EarBuds adalah fon kepala TWS Honor yang datang dengan penyaring hingar (Noise Cancelling) hibrid. Ia dikatakan memiliki penyaring hingar yang setara atau lebih baik dari Apple AirPods Pro and Sony WF-1000XM3 dalam beberapa situasi.

Dengan sekali pengecasan, ia boleh digunakan sehingga 3.5 jam bermain muzik. Manakala case pengecasnya boleh memberikan sehingga 13 jam masa bermain muzik.

Honor Scale 2

Penimbang berat Honor Scale 2 pula adalah model yagn dikemaskini, dengan rekaan baru. Ia boleh menimbang sehingga 14 jenis komposisi badan seperti berat badan, BMI, peratus lemak, BMR, jisim otot, jisim tulang, peratus air badan dan banyak lagi. Ia juga boleh menyimpan maklumat untuk 50 individu yang berbeza.

Honor Scale 2 boleh berhubung dengan telefon pintar menggunakan Bluetooth 4.2 dan WiFi 2.4Ghz. Ia menggunakan tiga bateri AAA untuk dikuasakan.

Tags: honorHonor 9X LiteHonor Magic EarbudsHonor Scale 2
Najib

Najib

POPULAR

Honor 9X Lite, Magic Earbuds dan Scale 2, ekosistem baru Honor tiba di Malaysia

Honor 9X Lite, Magic Earbuds dan Scale 2, ekosistem baru Honor tiba di Malaysia

27 May 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN