• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Ace 2 terima sentuhan Evangelion sempena ulangtahun ke-25 anime itu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:08 pm
  • 29/05/2020
  • Komen
Oppo Ace 2 terima sentuhan Evangelion sempena ulangtahun ke-25 anime itu
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan ulangtahun ke-25 siri anime Evangelion, Oppo telah mengumumkan satu lagi telefon bertemakan anime. Kali ini yang menerima sentuhan tersebut ialah Ace 2. Kalau anda masih ingat, Ace yang pertama juga pernah hadir dalam tema Gundam iaitu daripada model Reno Ace.

Uniknya, telefon ini menerima rawatan anime daripada luar hingga dalam kotak. Misalnya, ia hadir dalam kapsul EVA serta casing telefon itu sendiri berwarna ungu iaitu warna tema Evangelion. Tak terhenti di situ, tema antara muka telefon ini turut memaparkan item-item ikonik Evangelion.



Pada sudut spesifikasi teknikal, telefon ini tetap Ace 2 yang asal. Telefon dengan paparan 6.5” AMOLED ini ia diperkasa SOC Snapdragon 865 dengan RAM sebesar 8GB serta storan 256GB.

Untuk kamera, ia ada empat kamera belakang yang menggabungkan kamera 48MP, 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (potret).



Seperti biasa, ia dilengkapi sistem pengecasan terpantas dunia. Dengan blok pengecas SuperVOOC 2.0, tenaga 65W dipam masuk kedalam bateri dan anda boleh jangkakan pengecasan 0 ke 100% sekitar setengah jam sahaja.

Edisi Evangelion ini daripada segi wow-nya, mengatasi edisi Gundam. Sebab saya katakan sedemikian kerana Oppo juga mengumumkan dua lagi produk lain bertemakan anime tersebut, satu OPPO Watch dan satu lagi pad pengecas wayarles.

Produk ini buat masa ini hanya boleh dibeli oleh pengguna di China pada harga RMB4,399 (RM2,679). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: oppoOppo Renooppo reno aceoppo reno ace 2oppo reno ace 2 evangalion
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Ace 2 terima sentuhan Evangelion sempena ulangtahun ke-25 anime itu

Oppo Ace 2 terima sentuhan Evangelion sempena ulangtahun ke-25 anime itu

29 May 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN