• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer AOpen Shocking Sale menawarkan monitor pada harga mampu milik dari RM 249

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:33 pm
  • 06/06/2020
  • Komen
Acer AOpen Shocking Sale menawarkan monitor pada harga mampu milik dari RM 249
Share on FacebookShare on Twitter

Acer memperkenalkan tiga monitor baharu di bawah model AOpen, yang menawarkan harga mampu milik untuk memenuhi keperluan penggunaan komputer yang lebih praktikal dan paparan berkualiti.

Tiga model yang diketengahkan ialah: 22CV1Q, 24CL1Y dan 27HC5RP.



AOpen 22CV1Q dan 24CL1Y

Monitor ini didatangkan dengan spesifikasi asas. Model 22CV1Q dilengkapi skrin 21.5” HD penuh yang menggunakan panel VA, dengan kadar segar semula 60Hz pada sambungan VGA atau 75Hz menerusi sambungan HDMI. AOpen 22CV1Q ditawarkan pada tanda harga RM 289.

Abangnya, model 24CL1Y pula mempunyai saiz skrin yang lebih besar iaitu 23.8” FHD dengan panel IPS. Ia memberikan paparan yang lebih jelas dan warna prima di setiap sudut sehingga 170 darjah. Model ini ditawarkan pada harga RM 379.



AOpen 27HC5RP

Monitor ini mempunyai skrin melengkung seluas 27” dengan  kadar segar semula sehingga 165Hz dan menyokong teknologi AMD Freesync. Skrinnya direka tanpa bingkai dan tahap kecondongan boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Ia juga dilengkapi pelekap VESA yang membolehkan skrin dipasang di dinding. Monitor ini sesuai untuk kegunaan bekerja dan juga permainan video. Harga yang ditawarkan adalah RM 699.

Hadiah Percuma

Ketiga-tiga monitor ini sudah berada di pasaran Malaysia bermula 5 Jun 2020. Acer turut bekerjasama dengan wakil jualan terpilih dengan pemberian hadiah percuma dengan pembelian setiap jenis model. Promosi ini bermula dari 5 hinga 12 Jun 2020, sementara stok masih ada.

Hadiah percuma yang ditawarkan ialah:

  • AOpen 22CV1Q – percuma tetikus berwayar (bernilai RM 29)
  • AOpen 24CL1Y – percuma Termos Acer (bernilai RM 39.90)
  • AOpen 27HC5RP – peecuma Tetikus Predator Cestus 310 dan kabel DisplayPort (bernilai RM 238.90)

Jualan Shocking Sale Shopee

Acer turut menjalin kerjasama dengan Shopee menerusi jualan Shocking Sale yang akan berlangsung selama 9 jam, bermula pukul 12 tengah malam pada hari Ahad, 7 Jun 2020. Promosi yang ditawarkan adalah:

  • Potongan harga RM 40 untuk model AOpen 22CV1Q (menjadi RM 249)
  • Potongan harga RM 50 untuk model AOpen 24CL1Y (menjadi RM 329)

Jumlah unit promosi adalah terhad dan hadiah percuma tidak diberikan dalam pembelian di Shocking Sale Shopee.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman web Acer atau berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan di saluran berikut:

  1. Telefon: 1800-88-1288 (dibuka 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat)
  2. Whatsapp: 011-1062 8865
  3. E-mel: [email protected]
Tags: AcerAcer AOpenAcer AOpen 22CV1QAcer AOpen 24CL1YAcer AOpen 27HC5RPShopee
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Acer AOpen Shocking Sale menawarkan monitor pada harga mampu milik dari RM 249

Acer AOpen Shocking Sale menawarkan monitor pada harga mampu milik dari RM 249

6 June 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER