• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selangor jalankan kursus kahwin secara dalam talian bermula 13 Jun ini

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:33 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Selangor jalankan kursus kahwin secara dalam talian bermula 13 Jun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kursus Pra-perkahwinan Islam (KPPI) untuk pasangan atau individu yang telah berdaftar dan permohon baharu di negeri Selangor akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 13 Jun 2020.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, penganjuran KPPI akan dilakukan pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad dan dilaksanakan mengikut keperluan. Jumlah maksimum peserta dalam setiap sesi adalah 150 orang.



Bagi setiap KPPI, sesi pertama akan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, manakala sesi kedua pula bermula pukul 2 petang sehingga 6 petang.

Permohonan untuk menyertai KPPI boleh dilakukan mengikut pautan yang akan disediakan mengikut daerah di Selangor oleh pihak JAIS bermula 9 Jun 2020. Senarai pautan dan talian whatsapp khas untuk dihubungi berkaitan KPPI mengikut daerah adalah seperti berikut:



  1. Bahagian Undang-Undang Keluarga
  2. Pejabat Agama Islam Daerah Petaling
  3. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
  4. Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
  5. Pejabat Agama Islam Daerah Klang
  6. Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
  7. Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam
  8. Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor
  9. Pejabat Agama Islam Daerah Sepang
  10. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor

Pelaksanaan KPPI di negeri Selangor pula akan dilaksanakan berdasarkan langkah berikut:

  1. Pemohon yang berjaya dipilih untuk menyertai KPPI akan menerima emel jemputan daripada pihak JAIS
  2. Peserta akan menjalani KPPI mengikut tarikh dan sesi yang ditetapkan
  3. Dalam KPPI peserta akan diberikan tugasan
  4. Peserta yang berjaya menyiapkan semua tugasan mengikut tempoh masa diberikan akan dikira berjaya dalam KPPI
  5. Bagi mereka yang tidak menyiapkan tugas diberikan dikira gagal dan perlu memohon semula dan menjalani KPPI sekali lagi
  6. Peserta yang berjaya akan diberikan borang dalam talian untuk diisi bagi menetapkan tarikh temu janji bagi mengambil sijil
  7. Selepas sijil siap, peserta boleh ke Pejabat Agama Islam di daerah tempat mereka mendaftar untuk membuat pembayaran dan mengambil sijil

Untuk transaksi serah terima sijil, nota KPPI dalam talian dan pembayaran fi, kesemuanya hendaklah dilakukan selepas 5 hari atau tidak lebih 30 hari bekerja. Tempoh berkenaan dikira selepas selepas peserta berjaya menyelesaikan tugasan KPPI dalam talian.

Jelas Mohd Shahzihan lagi, pihak JAIS akan mendahulukan peserta yang telah berdaftar dan menjelaskan yuran penyertaan untuk sesi tertangguh sejak 18 Mac 2020 di awal pelaksanaan KPPI dalam talian.

Tambah beliau lagi, bakal peserta KPPI dalam talian juga diharap supaya bersabar dan meneliti semua proses yang ditetapkan. Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga ditalian, 017-949 2634 mulai 9 Jun 2020.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web JAIS atau laman sosial rasmi seperti berikut:

  • Facebook
  • Instagram

Sumber: Astro Awani

Tags: JAISKPPIkrusus kahwinSelangor
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Selangor jalankan kursus kahwin secara dalam talian bermula 13 Jun ini

Selangor jalankan kursus kahwin secara dalam talian bermula 13 Jun ini

9 June 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER