• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada satu cara sangat mudah tonton YouTube tanpa diganggu iklan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:20 pm
  • 13/06/2020
  • Komen
Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau menonton video di Youtube, sudah pasti kita tidak dapat lari dari menghadap iklan yang diselitkan. Selalunya pada video-video dengan tontonan yang tinggi. Paling rengsa adalah iklan panjang dan perlu diskip sendiri selepas beberapa saat.

Berdasarkan satu perkongsian di Reddit oleh u/unicorn4sale, pengguna Youtube terutama yang bukan premium, boleh menonton video di Youtube tanpa gangguan iklan. Caranya dengan meletakkan tanda noktah ‘.’ di sebelah dot com (.com) pada pautan video yang ditonton.



Contoh yang dimaksudkan seperti berikut:

  • Pautan biasa : https://www.youtube.com/watch?v=bUrwt_7XB-g
  • Pautan elak iklan: https://www.youtube.com./watch?v=bUrwt_7XB-g

Dakwa pemilik akaun itu, cara ini berhasil kerana kebanyakan laman web tidak mengkhususkan nama host di pautan. Oleh itu dengan meletakkan tambahan noktah, ia boleh mengelakkan iklan (cookies) malah, ia tidak menganggu perpindahan data (CORS).



Kebanyakan laman web utama juga, menggunakan domain yang berbeza untuk iklan yang tidak mengandungi tambahan noktah pada pautan.

Berdasarkan percubaan sendiri, cara ini ternyata berhasil. Tetapi, sekiranya laman YouTube dibuka di pelayar web secara incognito. Cubaan menggunakan kaedah ini di Youtube yang telah daftar masuk dengan akaun emel hanya membuka halaman berkenaan untuk sementara. Kemudian paparan kembali ke halaman utama selepas itu.

Kemungkinan Youtube sudah dapat mengesan muslihat ini dan cuba untuk mengatasinya. Manakan tidak, dengan lebih 4,000 orang menyokong status u/unicorn4sale di Reddit, pastinya kaedah ini sudah digunakan secara meluas.

Sebaiknya, jika tidak mahu rengsa melayan iklan di Youtube, langganlah YouTube Premium. Lebih mudah, dan tak perlu nak guna muslihat yang tak bertahan lama.

Iklan juga membantu pencipta kandungan di YouTube untuk menjana pendapatan. Dengan itu, mereka boleh mencipta lebih banyak kandungan menarik untuk tontonan anda. Jika tiada keperluan, biarkan iklan tersebut berjalan untuk menyokong mereka.

Sumber: Reddit, The Verge

Tags: redditYouTube
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini

Ada satu cara sangat mudah tonton YouTube tanpa diganggu iklan

13 June 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN