• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Computex 2020 mangsa terbaru COVID-19, acara ditunda ke 2021

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:13 pm
  • 17/06/2020
  • Komen
Computex 2020 mangsa terbaru COVID-19, acara ditunda ke 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Penganjur Pameran Teknologi Maklumat Antarabangsa Taipei 2020 (Computex 2020) mengumumkan pembatalan acara itu tahun ini. Pada awalnya ia hanya ditangguhkan pada bulan Julai 2020. Walau bagaimanapun ia dijadualkan semula pada 1 hingga 5 Jun 2021.

Berdasarkan kenyataan di laman web Computex, pengajur bersama, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) dan Persatuan Komputer Taipei (TCA) membuat keputusan tersebut berdasarkan situasi semasa dunia yang rata-ratanya terjejas dari sudut ekonomi susulan pandemik COVID-19.  



Tambahan pula, sehingga kini, kebanyakan negara masih mengekalkan sekatan perjalanan ke luar negara. Ia sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak tersebut. Hal ini akan menyebabkan ramai pihak termasuk pemegang saham, peserta pameran, pengunjung dan media tidak dapat hadir ke acara tahunan itu.

Menerusi penganjuran tahun lalu, Computex 2019 telah menerima hampir 43,000 pengunjung dari 171 negara. Berikutan pandemik COVID-19, pameran tahunan itu terpaksa ditangguhkan tahun ini bersama berapa acara tahunan besar lain, antaranya:



  • Mobile World Congress (MWC) di Barcelona (Sepatutnya dianjurkan pada bulan Februari 2020)
  • Pameran permainan video E3 (Sepatutnya dianjurkan sekitar bulan Mac 2020)
  • Google I/O 2020 (Sepatutnya dianjurkan pada bulan Mei 2020)

Meskipun Tapei mempunyai rekod jangkitan COVID-19 yang rendah iaitu 443 kes, ia kemungkinan boleh meningkat jika negara itu membuka pintu semata-mata untuk menganjurkan acara tahunan mereka. Pembatalan Computex 2020 menandakan bahawa acara besar-besaran terutama melibatkan perhimpunan tidak sesuai untuk dianjurkan tahun ini.

Sumber: The Verge

Tags: computex 2020taipei
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Computex 2020 mangsa terbaru COVID-19, acara ditunda ke 2021

Computex 2020 mangsa terbaru COVID-19, acara ditunda ke 2021

17 June 2020
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER