• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Reddit Malaysia haramkan pautan World of Buzz untuk sepurnama

  • OLEH Najib
  • 8:56 am
  • 21/06/2020
  • Komen
Reddit Malaysia haramkan pautan World of Buzz untuk sepurnama
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang pernah mendengar nama World of Buzz (WoB). Mereka mengakui laman mereka sebagai laman berita sosial nombor 1 di Malaysia. Tetapi kini berita mereka diharamkan di Reddit Malaysia kerana aktiviti yang yang meragukan.

Pengumuman pengharaman ini telah ditampal di Reddit Malaysia sejak 19 Jun dan berkuatkuasa selama sebulan.



Announcement: One month blanket ban of all World Of Buzz content
byu/dcx inmalaysia

Moderator Reddit Malaysia menerangkan di dalam pengumuman itu bahawa, mereka telah mengesan beberapa perkara yang meragukan telah dilakukan oleh WoB. Mereka dipercaai telah meletakkan pautan WoB di Reddit Malaysia, bersembunyi di sebalik akaun “throwaway“.

Di dalam satu post Reddit mengenai pelajar Malaysia yang gagal mendapatkan biasiswa JPA, tuduhan palsu ini menjadi tular kerana artikel WoB yang ditulis pada tahun 2017. Apabila pengguna Reddit mula mengkritik WoB, beberapa pengguna mendapati terdapat akaun yang baru dicipta, mula mempertahankan laman web tersebut.



Beberapa akaun didapati cuba mempertahankan WoB

Dari siasatan yang dibuat, moderator telah memutuskan untuk mengenakan pengharaman menyeluruh terhadap semua kandungan WoB di dalam Reddit Malaysia selama sebulan. Sebarang post yang mengandungi pautan WoB akan dibuang secara automatik dan akan dibawa ke post pengumuman tanpa sebarang penerangan. Moderator merasakan pengumuman awam ini sebagai adil kerana WoB cuba menaikkan semula nama mereka secara tersembunyi.

Akaun baru dicipta pada 17 Jun

Moderator juga menjelaskan, kelakuan tersebut sebagai tidak beretika dan melanggar polisi mempromosi diri sendiri Reddit. Mereka menambah, tidak akan teragak-agak mengenakan pengharaman selama-lamanya jika didapati ia berlaku lagi.

Menjawab pertuduhan itu, WoB telah menghubungi salah seorang moderator dan meminta maaf atas isu tersebut. Dalam satu kemaskini, WoB sedang menjalankan siasatan dalaman dan mendakwa pengguna yang dikatakan membuat kesalahan tersebut bukanlah seorang bertanggungjawab kerana bukan pekerja sepenuh masa yang menulis untuk mereka pada hari bekerja. Walaupun begitu, pengharaman tersebut tetap diteruskan.

Sumber: Reddit Malaysia

Tags: redditReddit Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Reddit Malaysia haramkan pautan World of Buzz untuk sepurnama

Reddit Malaysia haramkan pautan World of Buzz untuk sepurnama

21 June 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN