• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi Prepaid Next tambah benda baru tapi buang benda baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:43 pm
  • 23/06/2020
  • Komen
Digi Prepaid Next tambah benda baru tapi buang benda baik
Share on FacebookShare on Twitter

Telco Digi telah melancarkan pek prabayar baru yang dinamakan Digi Prepaid Next. Katanya, ini adalah satu-satunya pek permulaan yang berikan Internet berkelajuan pantas terbanyak dengan tempoh sah 30 hari. Bukan itu saja, ada satu lagi ciri unik produk ini yang tiada pada yang lain, iaitu Always Active.

Tapi sebelum bercerita tentang Always Active, pek permulaan ini boleh anda dapati pada harga RM15. Untuk tahun 2020, ini adalah pek permulaan termahal merentasi telco. Untuk perbandingan, pek prabayar Digi Prepaid Live sedia ada, cuma berharga RM8.



Sudahlah kena belanjakan RM15, bila anda aktifkan kad sim tersebut, tiada kredit tersedia untuk anda belanjakan. Tapi, kelebihannya adalah anda terima terus 3GB data berkelajuan pantas, serta Internet tanpa had untuk digunakan pada Facebook, Instagram, dan Twitter (FIT). Walau bagaimanapun, pemberian ini tidak terpakai kepada anda yang lompat masuk daripada telco lain ataupun berpindah daripada pelan Digi yang lain.

Ciri Always Active

Always Active sebenarnya sudah lama ditawarkan sejak Digi Prepaid Live lagi. Sekiranya anda membeli pas yang ada Always Active, tempoh sah talian anda akan dipanjangkan mengikut tempoh sah pas Internet. Tak perlu lagi tambah nilai RM30 untuk aktif selama 30 hari. Jika anda pengguna Prepaid Live, Always Active cuma ada pada pas bulanan Internet Cili Padi XL.



Tapi di Prepaid Next, kesemua pass tak kiralah Internet Cili Padi XL sehinggalah pas mengikut jam sekalipun, ada fungsi Always Active. Ia sangat berguna untuk anda yang selalu taliannya tamat tempoh, tetapi baki kreditnya banyak.

Pas Internet yang boleh anda dapatkan adalah sama seperti sedia kala. Anda boleh rujuknya dalam artikel di bawah ini.

Tiada lagi kuota percuma untuk video & muzik

Inilah sebabnya mengapa saya katakan Digi Prepaid Live tak sesuai untuk semua orang. Sekiranya anda pengguna Digi Prepaid Live, anda beroleh 2.5GB kuota setiap minggu selagi talian anda aktif.

Ia boleh digunakan pada APP yang terkandung dalam Video Freedom dan Muzik Freedom.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: digidigi prepaid nextprabayartelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Digi Prepaid Next tambah benda baru tapi buang benda baik

Digi Prepaid Next tambah benda baru tapi buang benda baik

23 June 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER