(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh TIME)
Sejak setahun lepas, harga langganan Internet, terutamanya jalur lebar tetap, telah menurun dengan drastik. Pada masa yang sama, kelajuan Internet turut meningkat. Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia kini menawarkan pelan berkelajuan sehingga 1Gbps.
Rakyat Malaysia kini boleh melanggan pelan Internet berkelajuan 100Mbps pada harga hanya RM99 sebulan. Tetapi anda boleh dapatkan kelajuan internet 5x ganda dengan bayaran tambahan RM1.30 sahaja sehari.
Salah satu ISP terkemuka di Malaysia, TIME kini menawarkan pelan 500Mbps dengan harga RM139 sebulan. Lebih menarik lagi, anda hanya perlu membayar RM99 untuk 3 bulan pertama dengan promosi terkini. Diskaun berjumlah RM120!
Apa guna internet laju sangat?
Ada banyak faedahnya. Lebih laju internet anda, lebih banyak perkara boleh dilakukan. Pastinya setelah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 3 bulan, anda lebih memahami keperluan internet berkelajuan tinggi.
Mengurangkan kesesakan berkongsi internet
Lebih laju internet, maka lagi kuranglah kesesakan. Apabila bekerja di rumah, maka anda, isteri anda, anak-anak anda, semuanya perlu menggunakan internet. Disebabkan tidak dapat keluar bertemu, maka panggilan video menjadi sangat popular semasa PKP. Tetapi pengalaman menggunakannya pasti terasa kurang nikmat apabila gambar tidak cukup tajam, kabur, tersekat, hingga kadang-kadang tiada gambar yang keluar, hanya suara sahaja kedengaran.
Perkara ini boleh terjadi apabila terlalu banyak penggunaan internet berkapasiti tinggi serentak dilakukan. Jika 5 orang membuat panggilan video serentak, beban internet yang berlebihan boleh mengakibatkan kesesakan, sekaligus kualitinya terpaksa diturunkan untuk memastikan semua perkhidmatan berjalan lancar.
Menonton video berkualiti tinggi
Selain itu, dengan kelajuan internet yang lebih pantas, ia membuka ruang kepada pengguna untuk menikmati kandungan yang lebih berkualiti. Menonton video di dalam resolusi 1080p mungkin sudah menjadi kebiasaan buat anda, tetapi kadang-kadang kualitinya diturunkan kerana kelajuan internet masih tidak dapat menampung tayangan video tersebut.
Bagaimana pula kalau anda nak tonton video dalam resolusi lebih tinggi? Misalnya resolusi 2K, ataupun 4K? Malah, kandungan video 8K juga telah mula muncul. Untuk menonton kandungan 4K, anda memerlukan kelajuan internet sekurang-kuangnya 25Mbps. Bagi 8K pula, memerlukan sekurang-kurangnya 100Mbps. Itu nak tonton sahaja, kalau ditambah tugasan lain, maka kelajuan melebihi 100Mbps diperlukan.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah dirancang untuk disiarkan dalam resolusi 8K oleh NHK, ini sahaja telah membuka ruang luas untuk menonton rancangan TV di dalam 8K.
Main game lebih lancar
Pasti ramai yang teruja apabila Sony mengumumkan tentang PlayStation 5 yang dijangka akan mula dijual pada hujung tahun ini. Ada 2 model diperkenalkan, salah satu darinya ialah Digital Edition tanpa pemacu cakera optik. Bermakna, semua tajuk permainan perlu dimuat turun.
Tak perlu pergi ke masa hadapan, kita lihat sahaja di Playstation 4. Tajuk permainan popular memerlukan fail untuk dimuat turun yang giga besar. Mafia III misalnya, mengambil ruang sebanyak 46GB. Final Fantasy XV pula, 100GB. Permainan perang Call of Duty: Modern Warfare, memerlukan sebanyak 175GB.
Jika anda peminat tegar permainan video, pasti anda tahu untuk memuat turun fail 50GB, ia memerlukan sekitar 4 jam jika kelajuan internet anda 30Mbps. Dengan kelajuan internet 500Mbps, ia mengambil masa hanya sekitar 15 minit. Kelajuan 500Mbps ini pula hanya boleh dicapai dengan sambungan fiber sepenuhnya.
* Kelajuan muat turun ini hanya anggaran dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti sambungan wayar/wayarles, jenis peranti, bilangan pengguna, gangguan dan lain-lain
Daftar pelan internet berkelajuan tinggi
Dah nampak faedah internet berkelajuan tinggi ni kan? Apa lagi, inilah masanya untuk anda melanggan pelan internet TIME 500Mbps dengan sambungan fiber sepenuhnya. Sebab TIME kini menawarkan diskaun untuk langganan pelan 500Mbps. Pelan ini biasanya berharga RM139/bulan. Tetapi jika anda melanggan sekarang, anda boleh menikmati diskaun sebanyak RM40 untuk 3 bulan pertama. Jadi, bayar RM99/bulan sahaja. Jimat RM120.
Jika memerlukan kelajuan internet lebih tinggi, TIME juga memberi diskaun untuk pelan 1Gbps. Diskaun RM10 diberikan selama 24 bulan, jadi cuma bayar RM189/bulan sahaja. Atau dapatkan diskaun RM100 di bil pertama jika anda mendaftar pelan 100Mbps secara dalam talian.
Hanya rangkaian fiber optik 100% seperti TIME sahaja yang dapat memberikan kelajuan dan sambungan internet yang diyakini terus ke rumah anda, dengan lebih banyak penjimatan. Jangan tunggu lagi, daftar segera pelan internet TIME menerusi laman web www.time.com.my atau hubungi talian 1800 18 1818 atau pergi ke mana-mana wakil pengedar sah TIME berhampiran.