• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini cara buang filem dan drama tak diingini dari “Continue Watching” di Netflix

  • OLEH Najib
  • 2:42 pm
  • 25/06/2020
  • Komen
Ini cara buang filem dan drama tak diingini dari “Continue Watching” di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix menawarkan banyak kandungan filem dan drama bersiri untuk ditonton. Selain rancangan pecah panggung dari Hollywood, Netflix kini turut menyediakan kandungan dari Bollywood, anime Jepun, drama Korea serta filem tempatan hasil buah tangan rakyat Malaysia.

Tetapi kandungan yang terlampau banyak ini membawa ke masalah lain, tidak tahu mahu menonton yang mana. Jika anda sama seperti penulis, halaman utama Netflix ini ditatal ke bawah sehingga bertemu semula baris pertamanya. Ada masa filem itu ditekan untuk ditonton tetapi dihentikan tidak sampai 10 minit. Pada masa lain, drama dengan episod terlalu panjang dirasakan sangat penat untuk ditonton dan tidak lagi disambung melihatnya.



Salah satu kecerdasan pintar Netflix adalah ia mengingatkan pengguna untuk menyambung semula mana-mana tontonan yang belum habis dilihat, biasanya di ruang teratas halaman utama di dalam senarai “Continue Watching”. Tetapi bagaimana jika kita sudah tidak mahu menontonnya, tetapi Netflix masih meletakkan dalam senarai pertama?

Kini Netflix telah mengemaskini sistem mereka dan membolehkan pengguna untuk membuang mana-mana kandungan dari senarai “Continue Watching”. Caranya sangat mudah.



Pergi ke senarai “Continue Watching”. Lihat pada kandungan yang mahu dipadamkan dan tekan pada tiga titik pada kandungan tersebut. Akhir sekali pilih “Remove From Row”. Maka ia tidak lagi disenaraikan di situ.

Bagaimanapun, fungsi ini hanya terdapat di Android sahaja buat masa ini. Netflix memaklumkan, mereka akan cuba menambahnya ke peranti iOS pada 29 Jun 2020. Agak ajaib, kerana biasanya iOS akan dikemaskini terlebih dahulu sebelum Android.

Dengan cara ini, anda boleh memastikan senarai yang anda masih mahu menonton lebih bersih dan tersusun. Jadi anda boleh sambung semula menonton mana-mana episod yang belum selesai dengan tenang. Tak perlu lagi rasa terganggu disebabkan kandungan yang tidak mahu ditonton lagi, tersembul keluar setiap kali Netflix dibuka.

Salah satu perkara baru yang diperkenalkan Netflix tahun ini ialah memperkenalkan senarai 10 kandungan paling banyak ditonton di Malaysia. Adakah terdapat apa lagi perkara yang anda mahu Netflix perbaiki atau tambah ke dalamnya?

Sumber: The Verge

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ini cara buang filem dan drama tak diingini dari “Continue Watching” di Netflix

Ini cara buang filem dan drama tak diingini dari “Continue Watching” di Netflix

25 June 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER