• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lagi 3 hari Redmi 5 lebih murah dan mahal akan tiba

  • OLEH Najib
  • 7:05 pm
  • 20/02/2018
  • Komen
Lagi 3 hari Redmi 5 lebih murah dan mahal akan tiba
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ni, Xiaomi Malaysia telah mula menjual Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dengan skrin nirbingkai pertama dalam keluarga Redmi. Tetapi hanya satu versi yang dijual iaitu 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Hari ini, Facebook Mi Malaysia berkongsi tentang lebih banyak model Redmi 5 dan Redmi 5 Plus akan tiba dalam masa 3 hari. Perkara ini pasti merujuk tentang dua lagi versi iaitu Redmi 5 2GB RAM & 16GB storan serta Redmi 5 Plus 4GB RAM & 64GB storan.



 

The countdown to more #Redmi5 and #Redmi5Plus begins now! Are you excited?

Posted by Mi Malaysia on Monday, 19 February 2018

Jika benar, ini bermakna model baru Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ini akan mula dijual pada hari Jumaat ini, 23 Februari 2018. Harga tidak pula diberitahu tetapi Mi Malaysia mahu orang ramai meneka harganya.

Mi Malaysia kini mengadakan peraduan teka harga Redmi 5 2GB+16GB. Ia terbuka kepada semua penduduk di Malaysia dan akan tamat pada jam 11.59 malam pada hari Rabu, 21 Februari 2018. Untuk menyertainya, sila semak post Facebook Mi Malaysia di bawah.



Great news, Mi fans: We’re about to launch two other variations this Friday, 23rd Feb, and one of it is the Redmi 5…

Posted by Mi Malaysia on Tuesday, 20 February 2018


Redmi 5 adalah telefon pintar dengan skrin nirbingkai 18:9 berukuran 5.7-inci dan resolusi HD+ 1440×720. Ia dikuasakan cip Snapdragon 450 dan datang dengan bateri 3,150mAh.

Redmi 5 Plus pula memiliki skrin nirbingkai 18:9 5.99-inci tetapi resolusi tinggi HD Penuh+ 2160×1080. Cip pemprosesnya lebih baik, Snapdragon 625 dengan bateri lebih besar 4,000mAh.

Kamera kedua-dua model Redmi ini menggunakan sensor 12MP di belakang dan 5MP di hadapan.

Harga Redmi 5 3GB+32GB di Malaysia adalah RM679 manakala Redmi 5 Plus 3GB+32GB pula berharga RM749. Dari sini, kami anggarkan harga untuk model baru Redmi 5 dan Redmi 5 Plus adalah seperti berikut:

  • Redmi 5 2GB+16GB – RM549
  • Redmi 5 Plus 4GB+64GB – RM899

Harap-harap betul. Kalau ada yang nak teka guna harga atas dan tepat, nanti kongsikan dengan kami ya. Sama-sama kita nantikan pengumuman harga rasminya pada hari Jumaat ini.

[Sumber: Facebook Mi Malaysia]

Tags: Mi Malaysiaredmi 5Redmi 5 Malaysiaredmi 5 plusRedmi 5 Plus Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Lagi 3 hari Redmi 5 lebih murah dan mahal akan tiba

Lagi 3 hari Redmi 5 lebih murah dan mahal akan tiba

20 February 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER