• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Watch Dogs 2 akan diberi percuma untuk penonton Ubisoft Forward

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 08/07/2020
  • Komen
Watch Dogs 2 akan diberi percuma untuk penonton Ubisoft Forward
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar tajuk permainan video terkemuka, Ubisoft akan mengadakan satu acara pada hari Ahad ini, 12 Julai 2020. Dipanggil Ubisoft Forward, ia akan menampilkan perancangan Ubisoft untuk tajuk permainan mereka akan datang, antaranya Assassin’s Creed Valhalla, Hyper Scape dan mungkin juga Watch Dogs: Legion.

Lebih menarik lagi, Ubisoft turut menawarkan salinan permainan Watch Dogs 2 untuk PC secara percuma, bagi penonton siaran langsung Ubisoft Forward. Penonton harus memiliki akaun Uplay dan mendaftar masuk menggunakan akaun tersebut semasa menonton siaran langsung tersebut.



Ubisoft Forward akan bersiaran pada 12 Julai pukul 3PM Eastern Time, atau pada 13 Julai pukul 3 pagi waktu Malaysia. Selain Watch Dogs 2 percuma, Ubisoft turut menyediakan beberapa hadiah lain menerusi aktiviti semasa siaran langsung diadakan.

Menurut ruangan soalan lazim (FAQ), penonton boleh menebus salinan Watch Dogs 2 percuma menerusi laman utama Ubisoft Forward, dengan mendaftar masuk akaun Uplay. Bagi penonton menerusi strim Twitch yang terlibat, penguna perlu mengaktifkan fungsi Twitch Drops. Salinan percuma ini akan dihantar keesokan harinya.



Trailer Watch Dogs: Legion

Jika anda peminat permainan video yang dikeluarkan Ubisoft dan menantikan berita terkini tentang projek terbaru mereka, jangan terlepas menonton Ubisoft Forward pada 13 Julai nanti, pukul 3 pagi waktu Malaysia. Ia akan bersiaran langsung di laman web Ubisoft Forward, YouTube, Twitch, dan Mixer.

Sumber: Engadget

Tags: UbisoftWatch Dogs 2
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Watch Dogs 2 akan diberi percuma untuk penonton Ubisoft Forward

Watch Dogs 2 akan diberi percuma untuk penonton Ubisoft Forward

8 July 2020
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER