• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Anda benci Apple? Anda tak mungkin benci video ini.

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 14/07/2020
  • Komen
Anda benci Apple? Anda tak mungkin benci video ini.
Share on FacebookShare on Twitter

Apple, kalau di bahagian pembentangan produk memang mereka berada di kelasnya yang tersendiri. Begitu juga dengan video. Jangan lepaskan peluang untuk tonton sketsa pendek Apple yang menampilkan tim The Underdogs berkisarkan tentang fenomena Work from Home.

Pasukan yang sama kembali daripada video tahun 2019 tapi latar belakang kali ini berbeza, kerana mereka bergantung 100 peratus pada Facetime untuk berinteraksi antara satu sama lain.



Peranan setiap ahli The Underdogs tidak dinyatakan dengan jelas, tapi boleh diteka melalui peranan yang dimainkan mereka dalam video ini.

Bridget Cincotta sebagai Pengurus Projek menerima perkhabaran daripada orang atasannya, Vivienne Hall yang Projek Pandora’s Box telah dihidupkan kembali. Oleh sebab itu, Vivienna perlukan satu pembentangan diadakan dalam masa seminggu.



Lantas, Bridget menghubungi Brian Rekasis, Marie Davis, dan Dave Meachem untuk memaklumkannya. Menggunakan Siri pada Apple Watch, Bridget menetapkan peringatan untuk sesi brainstorming pada hari berikutnya.

Dave Meachem macam bertanggung jawab tentang hal ehwal belanjawan kerana dia tekankan yang Projek Pandora’s Box perlulah murah. Selepas braintstorming, bermulalah proses memprototaip oleh Brian Rekasis.

Dalam masa yang sama, Marie Davis mempersiap slaid pembentangan yang akan dibentangkan.

Tapi sketsa ini agak tergantung kerana hasil pembentangan tidak dinyatakan. Sungguhpun begitu, ia selari dengan penyudah video edisi 2019 apabila mereka perlu bentangkan idea kotak pizza dihadapan Vivienne.

https://www.youtube.com/watch?v=lBJb6Lq9kcc
Tags: apple
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Anda benci Apple? Anda tak mungkin benci video ini.

Anda benci Apple? Anda tak mungkin benci video ini.

14 July 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN