• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Puluhan akaun VIP terjejas dalam wabak godam terburuk dalam sejarah Twitter

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:45 am
  • 16/07/2020
  • Komen
Twitter buang ciri tag lokasi tepat demi keselamatan pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Kini sedang berlakunya satu gelombang godam terhadap akaun-akaun Twitter kepunyaan pihak berprofil tinggi. Ia sudahpun disahkan oleh Twitter dan ramai menganggapnya sebagai yang terbesar dalam sejarah platform sosial tersebut.

We are aware of a security incident impacting accounts on Twitter. We are investigating and taking steps to fix it. We will update everyone shortly.

— Support (@Support) July 15, 2020

Akaun yang terlibat dilihat mencicipkan status berkaitan Bitcoin yang mengatakan jika sesiapa saja yang menghantar Bitcoin masuk ke wallet ini, penghantar tersebut akan menerima dua kali ganda bitcoin yang dikeluarkannya sebagai ganjaran. Sudah tentu ia ada berbau scam, tapi tetap ada yang tertipu, mungkin terkena Halo effect profil VIP itu.



Merujuk kepada rekod awam wallet Bitcoin yang dikepilkan bersama-sama status scam itu, ia berjaya mengaut sebanyak hampir USD120 ribu (RM 512 ribu) nilaian Bitcoin melalui ratusan transaksi. Tapi, tidaklah diketahui kriptowang ini datangnya daripada mangsa ataupun daripada hacker sendiri yang ingin menampakkan yang ia sedang berjaya.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Antara langkah pembendungan yang sedang diambil Twitter adalah mengehadkan akaun yang terlibat dairpada mengutuskan cicipan. Namun, persoalan yang lebih besar adalah, bagaimanakah ia berlaku kerana sudah tentu akaun-akaun Twitter ini menggunakan sistem pengesahan dwiperingkat yang katanya sangat rintang daripada digodam.



We are aware of a security incident impacting accounts on Twitter. We are investigating and taking steps to fix it. We will update everyone shortly.

— Twitter Support (@TwitterSupport) July 15, 2020

Golongan penspekulasi menunding jari kepada orang dalam Twitter kerana satu laporan daripada portal Vice mengatakan tedapatnya satu aplikasi khas yang digunakan pengelola Twitter untuk mengawal seslia akaun Twitter pengguna dan ia boleh digunakan untuk menukar hak milik akaun.

Namun begitu, keterlibatan orang dalam juga tidak boleh disahkan setakat ini kerana ada juga kemungkinan hacker sendiri yang beroleh akses kepada sumber-sumber ini tanpa melalui orang dalam.

Sumber: TheVerge, 2

Tags: Twitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Twitter buang ciri tag lokasi tepat demi keselamatan pengguna

Puluhan akaun VIP terjejas dalam wabak godam terburuk dalam sejarah Twitter

16 July 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN