• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis tawarkan telefon 5G Huawei dari RM1 serta beli 1 percuma 1

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 27/07/2020
  • Komen
Maxis tawarkan telefon 5G Huawei dari RM1 serta beli 1 percuma 1
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai kini boleh mendapatkan telefon pintar Huawei pada harga lebih istimewa, menerusi jualan terbesar Maxis. Dari 24 Julai 2020, Maxis bersama Huawei menawarkan telefon pintar siri P40, siri Nova 7 dan Y6p dengan promosi seperti beli 1 percuma 1, serta telefon 5G dari RM1.

Beli 1 Percuma 1 (P40 dan P40 Pro)

Tawaran ini diberikan untuk telefon pintar Huawei P40 dan Huawei P40 Pro. Kedua-dua telefon ini dikuasakan cip terbaru Kirin 990 5G dan memiliki kamera yang dihasilkan Huawei bersama Leica.



Pelanggan Maxis boleh mendapatkannya dengan mendaftar kontrak talian Maxis Zerolution bersama 1 talian tambahan, dengan bayaran ansuran bulanan selama 24 bulan seperti berikut:

Huawei P40 (Stor Maxis)



  • Maxis Zerolution 128 + 48 (Sub-line) – RM155/bulan
  • Maxis Zerolution 158 + 48 (Sub-line) – RM140/bulan
  • Maxis Zerolution 188 + 48 (Sub-line) – RM130/bulan

Huawei P40 Pro (Stor Maxis)

  • Maxis Zerolution 128 + 48 (Sub-line) – RM210/bulan
  • Maxis Zerolution 158 + 48 (Sub-line) – RM195/bulan
  • Maxis Zerolution 188 + 48 (Sub-line) – RM190/bulan

Jika anda mahukan telefon terbaik Huawei masakini, P40 Pro+, ia kini ditawarkan lebih murah untuk Maxis Zerolution 188.

Huawei P40 Pro+ (Stor Maxis)

  • Maxis Zerolution 128 – RM159/bulan
  • Maxis Zerolution 158 – RM139/bulan
  • Maxis Zerolution 188 – RM129/bulan RM119/bulan

Telefon 5G RM1

Telefon 5G kini lebih mampu dimiliki apabila Huawei melancarkan siri Nova 7. Bagi Nova 7, ia dikuasakan cip berkuasa tinggi Kirin 985 5G dan storan 256GB. Manakala untuk Nova 7 SE, ia menggunakan cip Kirin 820 5G dan storan 128GB.

Bersama ansuran 24 bulan dengan pelan Zerolution, Nova 7 boleh didapati dari RM39/bulan dan Nova 7 SE pula boleh dibeli dari RM1. Kadar bayaran bulanan adalah seperti berikut:

Huawei Nova 7 (Stor Maxis)

  • Maxis Zerolution 128 – RM 59/bulan
  • Maxis Zerolution 158 – RM 49/bulan
  • Maxis Zerolution 188 – RM 39/bulan

Huawei Nova 7 SE (Stor Maxis)

  • Maxis Zerolution 158 – RM 1
  • Maxis Zerolution 188 – RM 1

Tawaran untuk Hotlink

Bagi pengguna dengan bajet bulanan rendah, anda boleh melanggan pelan pascabayar Hotlink. Dalam jualan kali ini, Maxis menyediakan telefon pintar Huawei Y6p pada harga RM99, dengan mendaftar kontrak Hotlink Postpaid 60 untuk 24 bulan.

  • Hotlink Postpaid 60 – RM 99

Dapatkan di Maxis sekarang

Jika anda berminat dengan mana-mana tawaran di atas, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Maxis berhampiran atau secara dalam talian menerusi pautan di bawah:

  • Huawei P40 – https://www.maxis.my/HuaweiP40
  • Huawei P40 Pro – https://www.maxis.my/HuaweiP40Pro
  • Huawei P40 Pro+ – https://www.maxis.my/HuaweiP40ProPlus
  • Huawei Nova 7 – https://www.maxis.my/HuaweiNova7
  • Huawei Nova 7se – https://www.maxis.my/HuaweiNova7se
  • Huawei Y6p – https://www.hotlink.my/HuaweiY6p

Tiada Google dan ada Petal Search

Semua telefon yang ditawarkan ini tidak menggunakan Google Mobile Services, bermakna tiada Google Playstore dan tiada aplikasi Google boleh digunakan secara terus. Peranti-peranti ini menggunakan Huawei Mobile Services, yang bertunjangkan Huawei AppGallery sebagai stor aplikasi.

Huawei juga baru-baru ini memperkenalkan aplikasi widget Petal Search, sebuah perkakas untuk mencari aplikasi yang tidak terdapat di dalam AppGallery, dari portal pihak ketiga. Perlu diambil perhatian, carian aplikasi dari pihak ketiga tidak dijamin keselamatannya seperti ancaman virus atau telah digodam.

Tags: Huaweimaxis
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Maxis tawarkan telefon 5G Huawei dari RM1 serta beli 1 percuma 1

Maxis tawarkan telefon 5G Huawei dari RM1 serta beli 1 percuma 1

27 July 2020

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER