• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Pay ditemui di Malaysia, adakah ini petanda awal?

  • OLEH Najib
  • 11:40 am
  • 29/07/2020
  • Komen
Apple Pay ditemui di Malaysia, adakah ini petanda awal?
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat ini, pembayaran tanpa sentuh menggunakan telefon pintar di Malaysia, hanya disokong oleh Samsung Pay dan terhad kepada peranti Samsung. Lain-lain jenis pembayaran yang sama seperti Apple Pay dan Android Pay masih tidak boleh digunakan di Malaysia. Tetapi kemaskini iOS terbaru mungkin memberi satu petunjuk baru.

Kami telah menerima tip yang menyatakan bahawa terdapat tetapan baru muncul selepas kemaskini iOS 13.6 dipasang, iaitu “Wallet & Apple Pay”. Ia juga terdapat di dalam iOS 14 Beta 3 dengan tetapan ‘region’ ke Malaysia. Biasanya, tetapan Apple Pay ini tidak akan muncul jika negara tersebut masih belum menyokong sistem Apple Pay.



Jika anda memasuki tetapan “Wallet & Apple Pay” ini, anda boleh melihat ruangan “Add Card” atau menambah kad di dalamnya. Bagi pengguna Samsung Pay, pasti tahu cara untuk menggunakannya. Kad boleh dimasukkan ke dalam Apple Pay sama ada dengan mengambil gambar depan kad atau mengisinya secara manual.

Kami telah mencuba memasukkan beberapa kad debit/kredit dari bank seperti CIMB, Citibank dan Maybank, tetapi ia menyatakan bank tersebut masih belum menyokong sistem ini. Jika boleh dimasukkan, anda akan menerima SMS OTP dari bank untuk pengesahan akhir menambah kad ke dalam Apple Pay.



Dengan munculnya tetapan “Wallet & Apple Pay” untuk pengguna iPhone di Malaysia, ini mungkin satu petanda bahawa ia akan boleh digunakan tidak lama lagi. Sama seperti Samsung Pay, Apple Pay hanya boleh digunakan bersama bank dan kad yang bekerjasama dengan Apple sahaja. Ia mungkin bermula dengan beberapa bank sahaja, dijangka bank utama seperti Maybank, CIMB dan Citi.

Buat masa ini di Asia Pasifik, Apple Pay hanya boleh digunakan secara rasmi di Australia, China, Hong Kong, Jepun, Kazakhstan, Macau, New Zealand, Singapura dan Taiwan. Semasa dilancarkan di Singapura pada tahun 2016, ia bermula dengan menyokong kad American Express sahaja, sebelum diluaskan lagi sokongan kepada kad Visa dan Mastercard dari pelbagai bank.

Pembayaran tanpa sentuhnya boleh dilakukan melalui terminal Visa PayWave dan Mastercard Paypass. Pengguna perlu mengesahkan pembayaran sama ada menerusi Face ID, Touch ID atau kod pas. Ia disokong dari iPhone 6 dan ke atas. Selain iPhone, Apple Pay juga membenarkan pembayaran NFC melalui Apple Watch.

Terima kasih kepada Farhad di atas tip ini.

Tags: appleapple payiphone
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Apple Pay ditemui di Malaysia, adakah ini petanda awal?

Apple Pay ditemui di Malaysia, adakah ini petanda awal?

29 July 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN