• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Kids ‘After School’ tayang lebih 100 filem percuma untuk kanak-kanak

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 30/07/2020
  • Komen
YouTube Kids ‘After School’ tayang lebih 100 filem percuma untuk kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun pelajar telah dibenarkan kembali ke sekolah, masih ada ibu bapa yang memilih untuk mengekalkan anak mereka di rumah dan belajar secara maya. Bagi memastikan anak-anak kekal terhibur walau di rumah, Google akan menayangkan lebih 100 buah filem dan tayangan istimewa di YouTube Kids, demi memastikan anak-anak anda mempunyai pengalaman menarik selepas sekolah dengan ‘After School’.

Kanak-kanak boleh menonton semua kandungan istimewa ‘After School’ di YouTube Kids secara percuma, disiarkan dari 28 Julai sehingga 31 Ogos 2020. Youtube Kids boleh ditonton menggunakan aplikasi mudah alih yang dimuat turun dari Google Playstore dan Apple Appstore, atau di laman web www.youtubekids.com. Dengan YouTube Kids, ibubapa boleh menetapkan had jenis kandungan, agar tiada video yang kurang sesuai ditonton oleh kanak-kanak.



Antara filem keluarga dan siri popular yang disediakan adalah seperti Tayo the Little Bus, Baby Shark and Pinkfong, The Wiggles, Masha And The Bear, Oggy & the Cockroaches dan Paddington, serta filem pendek pemenang Oscar Hair Love dan siri pendidikan seperti Elmo’s World News.

YouTube Kids juga akan membuat tayangan perdana secara eksklusif, filem Spookiz. Ia diterbitkan oleh studio dari Korea Selatan, Keyring Studios dengan usaha sama WildBrain. Penonton cilik juga boleh menyaksikan kandungan YouTube Original istimewa, seperti siri penuh Disney Shook dan dua tayangan istimewa Simon’s Cat, ihsan Endemol Shine.



Filem pendek pemenang Oscar, Hair Love

Lain-lain pilihan YouTube Originals yang boleh ditonton di YouTube Kids adalah seperti Sherwood, Kings of Atlantis, Fruit Ninja Frenzy Force dan Lockdown.

Ibubapa juga boleh membuat aktiviti bersama anak-anak sebelum menonton filem seperti memasak sendiri bertih jagung perisa istimewa menerusi video ini, atau mencipta kit tayangan malam di sini. Atau menonton bersama mereka dan menjadi pengulas cerita di sisi semasa filem ditayangkan.

YouTube Kids juga masih menjalankan tema bulanan, kali ini sebagai Bulan Membaca. Ia menampilkan slot bacaan bersama Oprah Winfrey, pelakon pemenang Anugerah Oscar Award Rami Malek dan pelakon James Bond, Michelle Yeoh dari StorylineOnline.

Ibubapa juga boleh membawa anak-anak menyertai Camp YouTube, sebuah pengalaman pembelajaran digital yang membantu ibu bapa mencipta keseronokan aktiviti musim cuti di rumah. Camp YouTube mengetengahkan kandungan pelbagai tema aktiviti seperti seni, kembara, sukan, STEM, dan banyak lagi di Learn@Home dan YouTube Kids.

Tags: YouTubeYouTube Kids
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
YouTube Kids ‘After School’ tayang lebih 100 filem percuma untuk kanak-kanak

YouTube Kids ‘After School’ tayang lebih 100 filem percuma untuk kanak-kanak

30 July 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER