Setiap tahun, Acer akan menyambut Hari Acer atau Acer Day dengan menawarkan promosi luar biasa, selain memperkenalkan produk baharu mereka di Malaysia. Beberapa aktiviti juga diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi pelbagai hadiah, keseluruhan bernilai RM500,000.
Tahun ini, Acer menggunakan tema “Feel The Vibe” untuk menyambut Hari Acer. Acer mengambil keputusan untuk tidak mengadakan jerayawara dan jelajah di beberapa negeri sebagai langkah keselamatan. Untuk itu, Acer telah merancang acara dalam talian untuk disertai orang ramai.
Super Brand Day di Shopee
Dengan kerjasama Shopee, Acer akan mengadakan Super Brand Day dari 2-4 Ogos 2020 di mana Acer akan memberikan potongan harga sehingga 83% untuk produk terpilih dan baucar tunai sehingga RM200. Nombor 83 ini dipilih untuk meraikan Hari Acer pada 3 Ogos.
Antara produk yang akan disenaraikan di Shocking Sale Shopee adalah:
- Predator Gaming Chair –
RM1,999RM340 - Papan kekunci Predator Aethon 300 –
RM399RM68 - Monitor EB192Q B –
RM259RM44.03 - USB Portable Slim DVD-Writer –
RM169RM29
Stok adalah terhad dan jualan dibuka dari pukul 12 tengah malam.
Cabutan bertuah di Facebook
Sambutan Hari Acer di Facebook akan diadakan pada 2 Ogos, pukul 3 petang. Ia akan diserikan dengan persembahan dari Linora, Pong Pong dan Cikidot, serta satu acara yang pasti menarik minat ramai, iaitu cabutan bertuah. Acer menyediakan hadiah bernilai lebih RM22,000 antaranya laptop Predator Helios 300 dan Predator Triton 700.
Selain itu, Acer juga akan mengadakan acara Bid & Shop atau bida dan beli, yang diadakan bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Dignity for Children Foundation.
Undi promosi untuk direalisasikan
Dari 22 Julai hingga 1 Ogos, Acer mengadakan pilihanraya untuk peminat memilih tawaran manakah yang harus direalisasikan untuk Acer Day. Jika terpilih, tawaran ini akan muncul di Stor Acer di Shopee pada 3 Ogos.
Tawaran yang disediakan adalah:
- Rebat tunai RM150 untuk laptop Swift 1
- Rebat tunai RM800 untuk desktop Predator Orion 5000 dan percuma fon kepala Predator dan perisian McAfee Internet Security
- Rebat tunai RM200 untuk laptop Nitro 5
- Rebat tunai RM200 untuk laptop ConceptD 3 Pro dan percuma jaminan tambahan Acer Supercare
Permainan daftar masuk 5-hari
Dari 29 Julai, peminat boleh menebus hadiah eksklusif Acer Day dengan menyertai tugasan harian di www.a-redemption.com. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan atau memenangi hadiah.
Rakam video tarian Feel The Vibe
Muat turun lagu ‘Feel The Vibe’ dari tik Tok bermula 2 Ogos, kemudian rakam video anda menari dan muat naik ke Facebook atau Instagram, untuk peluang memenangi hadiah utama, ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1,000.
Pastikan muat naik tersebut disertakan tanda pagar #FeeltheVibeWithAcer dan tag @AcerMalaysia di Facebook atau @my_acer di Instagram. Tetapkan ia ke ‘Public’ agar boleh ditonton semua. Tiada pembelian diperlukan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2020.
Beli dan menang cabutan bertuah
Bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, pembeli mana-mana produk Acer terpilih dari kedai dalam talian atau fizikal, layak menyertai peraduan “Buy and Win Lucky Draw” dengan hadiah berjumlah sehingga RM500,000.
Pembeli hanya perlu pergi ke laman web www.a-redemption.com dan memuat naik bukti pembelian untuk menebus hadiah percuma. Kemudian mendaftar diri untuk menyertai peraduan “Buy and Win Lucky Draw” yang mana hadiah yang tersedia berjumlah sehingga RM26,000.
Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah laptop Predator, Acer Swift 7, monitor dan fon kepala. Pemenang bertuah akan dipilih dalam siaran langsung di Acer Malaysia Facebook, yang akan turut disiarkan dari Facebook MasterRamen, ChuChu Gaming, Spartanker, dan Alicia Tan pada bulan Ogos dan September.