Sehari sebelum MWC 2018 menaikkan tirainya, Nokia menggegarkan Barcelona dengan pelancaran sejumlah telefon bagi memacu semula nama Nokia setaraf bersama pemain-pemain besar yang lain.
Lima telefon pelbagai kategori dan ciri menarik dilancarkan pada majlis ini dan mereka ialah:
- Nokia 8 Sirocco
- Nokia 7 Plus
- Nokia 5
- Nokia 1
- Nokia 8810 “Pisang”
Nokia 8 Sirocco
Inilah Nokia 8 yang sebenar perlu mereka lancarkan sejak dulu. Seunik nickname-nya, Sirocco memiliki rupa fizikal yang unik. Kedua-dua belah badannya dilapisi kaca Corning Gorilla manakala badannya bersisi langsing, melengkung pada kedua-dua belah sisi.
Nokia 8 Adalah Yang Terunik Dalam Kalangan 5 Sekawan Itu
Ia menjadikan sisi Sirocco agak tajam dan lain daripada yang lain.
Sungguhpun tidak menggayakan panel 18:9 seperti telefon lain, Sirocco memiliki bingkai yang minimum. Ia menggayakan panel paparan 2560 x 1440 pOLED.
Dwikamera belakang dengan sensor 12MP+12MP
Bahagian dagunya yang nipis bermakna pengimbas cap jari perlu berada di belakang.
Untuk komponen pengimejan, dwikamera belakang dan ekakamera selfie digunakan Sirocco. Kamera belakang telefon ini diberikan sensor 12MP beserta lensa Zeiss. Ketika berselfie, kamera 5MP boleh digunakan.
Port USB-C Untuk Mengecas, Malangknya Port Audio Tiada
Sebagai perbandingan, dwikamera belakang Nokia 8 masing-masing dilengkpai sensor 13MP manakala kamera selfie turut diberikan sensor yang sama.
Kelebihan Sirocco berbanding yang asal adalah kehadiran mode Pro Camera. Ia diinspariskan daripada sejarah hebat dunia fotografi Nokia Lumia. Namun, pengalamannya masih belum dapat menandingi legenda itu kerana mode manual sepenuhnya masih tiada seperti kelajuan shutter tidak boleh diperlahankan melewati 4 saat.
Nisbah Paparan 16:9 Pada Nokia 8 Sirocco
Lagi pembaharuan yang dibawakan mereka adalah seperti pengecasan wayarles dan penyingkiran port audio.
Komponen-komponen teknikal yang boleh ditemui pada papan utamanya adalah seperti:
- Platform Snapdragon 835
- RAM 6GB
- Storan 128GB
Nokia 8 Sirocco akan mula dijual April ini pada harga EUR 749 (RM 3,604)
Sisi yang agak tajam pada Nokia 8 Sirocco
Nokia 7 Plus & Nokia 6
Mereka adalah pasangan midrange yang dilihat bakal memberikan saingan hebat pada peranti seperti Xiaomi Mi A1, Huawei Nova 2i, Moto G5S Plus, Sony Xperia XA2 Ultra, dan seangkatannya.
Nokia 7 Plus Dengan Skrin 6″ HD Penuh 18:9
Dwikamera Belakang Berikan 2X Zum Optikal
Sama seperti Sirocco, Nokia 7 Plus dan Nokia 5 adalah peserta kepada program Android One. Maka, sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo. Selain itu, anda tak perlu risau tentang kemas kini OS kerana semuanya ditanggung beres oleh Nokia & Google.
Bahagian Sisi Nokia 7 Plus
Pengecasan Bateri Melalui Port USB-C
Nokia 7 Plus memiliki rekaan kuboid yang menggunakan bongkah alumunium sebagai rangka. Pada bahagian muka, anda dihidangkan dengan paparan 6″ beresolusi HD Penuh 2160 x 1080 18:9.
Cap jari hadir pada bahagian belakang telefon sebaris dengan dwikamera belakang 12MP+13MP. Kamera belakang sekunder telefon ini memberikan zum 2X optikal.
Dwikamera Belakang 12MP +13MP
Kamera swafoto pula adalah 16MP. Nokia 7 Plus dikuasakan platform Snapdragon 660 dengan RAM seluas 4GB dan storan 64GB. Kesemua komponen elektronik ini dberi nafas oleh sekeping bateri berkapasiti 3,800mAh.
Nokia 6, berbanding Nokia 7 Plus, memiliki spesifikasi sedikit rendah tapi ia tidak bermakna telefon ini tidak berguna.
Nokia 6 Dengan Paparan 5.5″ HD Penuh 16:9
Bahagian Belakang Dengan Kemasa Brushed Metal
Ia tetap menggunakan platform Snapdragon daripada varian 630. Turut hadir bersamanya adalah RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB.
Telefon ini tidak menggayakan paparan 18:9, sebaliknya paparan lebar konvesional seluas 5.5″ dengan resolusi HD Penuh.
USB-C Pada Bahagian Bawah
Sisi Rata Pada Nokia 6
Pada jabatan pengimejan, ia hadir dengan konfigurasi ekakamera belakang dan depan. Kamera utamanya menggunakan sensor 16MP manakala yang bahagian depan 8MP.
Nokia 6 memiliki saiz yang sedikit kecil berbanding saudaranya 7 Plus. Tapi binaannya serasa lebih premium kerana anda dapat merasai kesejukkan memegang sebongkah alumunium bergred tinggi sungguhpun 7 Plus pun ditempa daripada materi yang sama.
Nokia 6 Menjalankan Android 8 Oreo Sejurus Keluar Kotak
Semua Telefon Nokia Dengan Kanta Zeiss Ada Mode Pro Yang Baru
Untuk menemani anda sehari-hari, Nokia 6 diberikan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Kedua-dua Nokia 6 dan 7 Plus akan mula dijual bermula April 2018 pada harga:
- Nokia 6 – bermula EUR 279 (RM1,342)
- Nokia 7 Plus – EUR 399 (RM1,919)
Nokia 1
Inilah jawapan yang saya cari untuk pengguna yang mahu mencari telefon Android yang paling murah tetapi tidak mahu terseksa dengan prestasi yang lembab dek spesifikasi yang “hampeh”.
Panel QVGA 4.5″ Pada Nokia 1
Nokia 1 adalah antara peranti terawal dalam pasaran yang dilengkpai dengan sistem operasi Android Oreo (Go Edition). Hal ini bermakna, walaupun memiliki spesifikasi rendah, pengalaman menggunakannya tetap lancar.
Ya, memang benar tentang apa yang diujarkan mereka. Menatal paparan 4.5″ (854 x 480) serasa lancar walaupun ia memiliki kapasiti RAM hanyalah sebesar 1GB.
Penutup Belakang Boleh Ditukar Ganti
Bahagian depan Nokia 1
Hampir kesemua APP yang boleh ditemui terpasang dalam telefon ini dioptimumkan khas untuk telefon berspesfikasi rendah dalam program Android Edition.
Oleh sebab rekaan sepenuhnya daripada plastik dan saiznya yang kecil, saya berasa yakin memegangnya dan tidak risau ia akan jatuh. Pengalaman ini sangat cocok buat pengguna yang lebih tua kerana risiko peranti jatuh rosak boleh dikurangkan.
Nokia 1 Ada Kamera Belakang 5MP
Kamera Depan 2MP Ada Fungsi Pengecaman Wajah
Dalam kalangan 5 peranti yang dilancarkan, Nokia 1 satu-satunya menggunakan platform MediaTek, lebih khusus, MT6737M. Storan dalamannya 8GB dan boleh diluaskan melalui slot khas.
Untuk mengambil gambar, Nokia 1 dilengkapi kamera belakang 5MP dan kamera depan 2MP. Menariknya, masih ada fungsi HDR pada kamera belakang yang pastinya melonjakkan estetik gambar yang diambil.
Nokia 1 akan mula dijual April 2018 ini pada harga USD 85 (RM 332).
Port Audio Pada Bahagian Atas
Bahagian sisi Nokia 1
Bateri Dicas Menggunakan Kabel Mikro-USB
Nokia “Pisang” 8810
Menerima jolokkan pisang dek fizikaliti melengkungnya seakan pisang, Nokia 8810 adalah sebuah peranti premium semasa dilancarkan dalam tahun 1998. 20 tahun kemudian, ia menjadi instrumen Nokia untuk ulitkan kenangan pada pengguna.
Perbezaan pertama 8810 moden dengan yang klasik adalah binaannya langsung tak menyamai yang dulu. Ia adalah plastik sepenuhnya berbanding plastik berlapisan krom pada yang klasik.
Selain itu, tiada mekanisme berspring untuk melonjakkan pelindung papan kekeunci telefon ini.
Tapi, komponen dalamnya menerima suntikan modenisasi. ia menggunakan platform Qualcomm 205 dengan RAM 512MB serta storan 4GB. Ia menjalankan sistem operasi KaiOS.
Ia diberikan panel paparan beresolusi QVGA 2.4″ yang agak kecil pada piawaian masa ini. Untuk kamera, anda mengambil gambar melalui sensor 2MP dan tiada fungsi autofokus.
Tapi jangan ingat telefon ini lopek sangat ya. Ia masih dilengkapi Wi-Fi, Bluetooth, dan GPS. Malah, anda boleh gunakannya sebagai hotspot untuk berkongsi capaian 4G LTE.
Nokia “Pisang” akan dijual pada harg EUR 79 (RM 380).