• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

unifi mobile potong data percuma sebanyak 50%

  • OLEH Najib
  • 7:17 pm
  • 26/02/2018
  • Komen
unifi mobile potong data percuma sebanyak 50%
Share on FacebookShare on Twitter

unifi mobile yang baru diperkenalkan oleh Telekom Malaysia (TM) awal tahun ini, menawarkan 20GB data LTE percuma sebagai promosi pengenalan. Tetapi nampaknya TM telah mengurangkan tawaran data percuma tersebut.

Laman web unifi mobile kini memperlihatkan tawaran #muatturundapatsim dengan 10GB data LTE, 10 minit panggilan dan 10 SMS percuma, tanpa perlu membayar apa-apa. Ini adalah pengurangan sebanyak 50% data percuma, dari tawaran awal sebanyak 20GB data LTE percuma.



Malah, TM juga telah mengehadkan sim kad percuma unifi mobile kepada 3 unit setiap orang, berbanding sebanyak 5 unit kad sim sebelum ini.

Bagaimanapun, untuk mereka yang telah sedia menerima kad sim unifi mobile atau mendaftar sebelum 26 Februari 2018, akan kekal menerima 20GB data LTE percuma.



Bagi mereka yang masih belum mendapatkan kad sim unifi mobile secara percuma ini, segera berbuat demikian kerana tawaran data percuma 10GB LTE ini hanya untuk pendaftaran sehingga 31 Mac 2018.

Untunglah siapa yang daftar awal dan dapat 5 kad SIM. Boleh guna 100GB data LTE percuma, berbanding pendaftaran baru sekarang terhad ke 3 kad SIM dan 10GB sahaja untuk setiap kad SIM.

Kalau masih belum mendaftar dan berminat mendapatkan kad SIM percuma unifi mobile ini, boleh muat turun aplikasi unifi mobile di Google Playstore atau Apple Appstore dan mendaftar dari situ.

Lebih banyak info berkaitan boleh didapati menerusi laman web unifi.com.my/mobile.

Tags: Telekom MalaysiaTMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

unifi mobile potong data percuma sebanyak 50%

unifi mobile potong data percuma sebanyak 50%

26 February 2018
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN