• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F2 Pro dilengkapi Snapdragon 865 kini boleh dibeli dari serendah RM1,519

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 24/08/2020
  • Komen
Poco F2 Pro telah mula dikesan di pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Poco F2 Pro adalah telefon pintar dengan kuasa Snapdragon 865 paling murah boleh dibeli di Malaysia. Pada awalnya dilancarkan dengan harga RM2,199, varian RAM 6GB dan storan 128GB baru-baru ini telah diturunkan harga kepada RM1,999.

Sempena sambutan ulangtahun ke-10 Xiaomi minggu lepas, ia telah ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM1,799. Tetapi kini tanpa sebarang promosi, Poco F2 Pro 128GB dilihat boleh dibeli dari serendah RM1,519.



Perkara ini ditemui di Stor Xiaomi Global di Shopee. Walaupun varian 256GB masih kekal dengan harga RM2,299, varian 128GB dilihat dijual pada harga RM1,519 dan RM1,599. Perbezaan harga ini tertakluk kepada pilihan warna, di mana warna kelabu ditawarkan pada harga RM1,519, manakala warna putih dan ungu berharga RM1,599. Tiada stok untuk warna biru.

Walaupun menggunakan nama Global, stor Xiaomi di Shopee ini menyatakan bahawa produk yang dijual turut menerima jaminan dari Xiaomi Malaysia. Bermakna, produk ini boleh dihantar ke mana-mana pusat servis Xiaomi Malaysia jika bermasalah. Penghantaran dilakukan dari China, jadi ia mengambil masa sekitar seminggu untuk tiba.



Buat yang belum mengenali Poco F2 Pro, telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 865 5G, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS3.1 terpantas. Skrinnya berukuran 6.67-inci AMOLED FHD+, tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop-up untuk kamera hadapan.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,700mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Di samping sokongan rangkaian 5G, ia turut dilengkapi WiFi 6 dan Super Bluetooth.

Di belakang, kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX686 64MP dengan saiz sensor besar berukuran 1/1.7-inci. Kamera kedua pula ialah kamera ultra lebar 13MP, diikuti kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Kamera hadapannya pula 20MP di dalam modul pop-up yang boleh disembunyikan.

Tags: Poco F2 ProShopee
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Poco F2 Pro telah mula dikesan di pasaran Malaysia

Poco F2 Pro dilengkapi Snapdragon 865 kini boleh dibeli dari serendah RM1,519

24 August 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER