Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PROMO: Diskaun RM400 untuk Poco F2 Pro hanya pada 8 Ogos

Xiaomi akan menyertai promosi Budget Bonanza Lazada 8.8 pada 8 Ogos 2020, di mana pada hari tersebut banyak produk diberikan diskaun istimewa. Promosi ini ada yang diberikan sepanjang hari selama 24 jam, ada juga dalam bentuk jualan kilat untuk masa dan kuantiti terhad.

Tarikan utama produk Xiaomi dalam Budget Bonanza Lazada 8.8 nanti adalah telefon pintar berkuasa tinggi, Poco F2 Pro. Dalam jualan kilat pada 8 Ogos nanti, Poco F2 Pro dengan RAM 6GB dan storan 128GB boleh dibeli pada harga RM1,799 sahaja. Ia RM400 lebih murah dari harga asalnya, RM2,199.

Semalam, Xiaomi mengumumkan penurunan harga untuk Poco F2 Pro yang memiliki RAM 8GB dan storan 256GB. Telefon ini diturunkan harga kekal, dari RM2,599 kepada RM2,299 sahaja. Bagaimanapun untuk varian RAM 6GB dan storan 128GB, ia tidak diturunkan harga dan masih memiliki tanda harga RM2,199.

Selain Poco F2 Pro, Xiaomi Malaysia turut menyenaraikan beberapa produk lain yang turut ditawarkan dengan harga istimewa pada 8 Ogos nanti di Lazada. Antara produk yang terlibat adalah:

Anda boleh melihat lebih banyak produk disenaraikan di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada.

Sumber: Facebook

BACA  Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan