• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya RM1 untuk tambah 20GB data khas Mobile Legends di Yoodo

  • OLEH Najib
  • 10:53 am
  • 27/08/2020
  • Komen
Hanya RM1 untuk tambah 20GB data khas Mobile Legends di Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo merupakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan data paling fleksibel di Malaysia. Sebelum ini, mereka memberikan 20GB data percuma untuk PUBG Mobile, serta hanya RM5 untuk 20GB data COD Mobile dan AOV.

Kini mereka menambah satu lagi game dalam tawaran data murah mereka, iaitu Mobile Legends. Pengguna Yoodo boleh menambah 20GB data khas untuk Mobile Legends, pada harga hanya RM1/bulan. Tetapi promosi ini akan berakhir pada 25 Oktober 2020. Yoodo tidak menyatakan apa yang terjadi selepas itu, tetapi ia mungkin akan bertukar ke RM5/bulan, sama seperti COD Mobile dan AOV.



Perlu diambil maklum, data tambahan Mobile Legends ini hanya boleh dilanggan apabila pengguna membeli data asas terlebih dahulu. Ia tidak boleh ditambah kemudian, selepas data asas dibeli.

Yoodo is THE official digital telco for Geek FAM! Make sure you show your love for Geek FAM in all future competitions! #youdoitbetter pic.twitter.com/GMjSxA5WeC

— Yoodo (@yoodoMY) August 25, 2020

Di samping pengumuman ini, Yoodo turut menyatakan bahawa mereka kini menjadi penaja rasmi untuk pasukan Mobile Legends Geek FAM. Yoodo akan bertindak sebagai telko digital pasukan tersebut. Pasukan ini dianggotai oleh Artz, Dominus, Ozora Veki, Feekz, Xorn dan Rumpel.



Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Sumber: Yoodo

Tags: geek fammobile legendsyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya RM1 untuk tambah 20GB data khas Mobile Legends di Yoodo

Hanya RM1 untuk tambah 20GB data khas Mobile Legends di Yoodo

27 August 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN