• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala Philips TAT1215 tiba dengan diskaun 50% untuk waktu terhad

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 27/08/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Philips baru-baru ini telah melancarkan fon kepala TWS di Malaysia, dengan nama Philips TAT1215. Ia adalah fon kepala tanpa pembatalan bunyi hingar, dengan harga yang tidak terlalu mahal. Tetapi tarikan kali ini ialah diskaun 50% sebagai harga pengenalan.

Fon kepala Philips TAT1215 kini telah dijual di Stor Rasmi Philips di Lazada, pada harga RM369. Terdapat dua warna disediakan di stor tersebut, iaitu putih dan hitam. Dari laman rasmi, fon kepala ini turut dihasilkan dalam warna biru dan merah.



Sempena jualan 9.9 yang akan diadakan pada 9 September 2020, pengunjung Lazada boleh membelinya pada separuh harga iaitu RM179 sahaja. Jadi jangan terlepas mendapatkannya pada jualan 9.9 nanti.

Tetapi lawatan ke Lazada hari ini, 27 September menunjukkan ia sedang dijual pada harga RM199. Malah, dengan menggunakan baucar RM10, ia boleh dibeli pada harga RM189 sahaja. Masih satu tawaran yang sangat hebat.



Hayat bateri fon kepala Philips TAT1215 dinyatakan sehingga 6 jam, dengan tambahan dua kali cas penuh di bekas pengecas, menjadikan jumlah penggunaan sehingga 18 jam. Ia mengecas melalui port USB-C dan tidak menyokong pengecasan wayarles.

Dengan pengiktirafan IPx4, fon kepala ini boleh digunakan untuk aktiviti kecergasan kerana ia kalis peluh dan percikan. Kawalan bermain lagu boleh dibuat di permukaan peka sentuhannya.

Menggunakan mikrofon terbina di dalam, ia dilengkapi teknologi anti gema untuk memastikan panggilan yang jelas. Ia juga serasi digunakan bersama pembantu maya Apple Siri atau Google Assistant.

Fon kepala ini turut dilengkapi teknologi Bluetooth 5.1 bersama Smart Pairing, di mana ia boleh disambungkan pantas kepada peranti tanpa perlu membuat tetapan yang kompleks. Selepas berhubung, ia akan sentiasa mengingati peranti terakhir yang disambung padanya.

Maklumat lanjut mengenai fon kepala ini boleh dirujuk di laman produk Philips TAT1215.

Tags: philipsPhilips TAT1215
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025

Fon kepala Philips TAT1215 tiba dengan diskaun 50% untuk waktu terhad

27 August 2020
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER