• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grafik cantik bukanlah sebab kenapa anda perlukan PS5, tapi sebab ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:51 am
  • 28/08/2020
  • Komen
Grafik cantik bukanlah sebab kenapa anda perlukan PS5, tapi sebab ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda nak konsol permainan bergrafik cantik, PS4 Pro sudahpun mampu memenuhi piawaian anda. Lihat sajalah mahakarya seperti Ghost of Tsushima, Sekiro: Shadow Dies Twice, dan Last of Us Part II. Mereka boleh dimainkan dalam resolusi 4K jika anda ada TV yang menyokongnya.

Tapi untuk pemain bukan hardcore, grafik bukanlah pemberat utama dalam memberikan pengalaman bermain. Tapi berapa peratuskah daripada masa yang anda laburkan di konsol permainan digunakan untuk bermain dan bukannya hanya menonton skrin loading.



Cuba anda tonton klip permainan Rachet & Clank: Rift Apart yang dijadualakn muncul di platform PS5 kelak. Tak usah tengok pada grafiknya sebab subjek-subjek seperti Ray Tracing sudahpun didemonstrasikan oleh pembangun lain.

Tapi ini lain.



Cuba anda lihat, contohnya pada minit ke-6 dan keatas semasa heronya melalui terowong dimensi dan diteleport ke lokasi lain. Nampak menarik tapi ia sangat membebankan konsol.

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Upgrade PS4 Anda Kepada PS5

Hal ini kerana, apabila persekitaran permainan berubah 180 darjah, konsol permainan terpaksa mencari aset-aset yang ingin dipaparkan atas skrin.

Analoginya adalah seperti anda bertukar daripada iOS ke Android, anda perlu pelajari sistem operasi itu daripada awal, tidak seintensif apabila anda bertukar telefon Android pengeluar lain ke pengeluar lain.

Dalam demo Rachet & Clack: Rift Apart cuma mengambil beberapa saat untuk load aset permainan tanpa perlu skrin loading.

Hasilnya, kebanyakkan masa anda di konsol dihabiskan dengan anda mengawal hero berbanding menunggu skrin loading.

Ia dimungkinkan dengan penggunaan SSD proprietari yang menyokong PCIE 4.0. Kenapakah ia penting? Anda boleh baca selanjutnya di sini.

Tags: ps5Sonysony playstationsony playstation 5sony ps5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Grafik cantik bukanlah sebab kenapa anda perlukan PS5, tapi sebab ini

Grafik cantik bukanlah sebab kenapa anda perlukan PS5, tapi sebab ini

28 August 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER