• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia kenakan caj sehingga RM 30 jika mendaftar masuk penerbangan di kaunter

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 01/09/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Berkuat kuasa hari ini, 1 September 2020, AirAsia akan mengenakan caj daftar masuk di kaunter, bagi beberapa buah negara dan bandar terpilih. Ia dilakukan untuk menggalakkan daftar masuk tanpa sentuhan, sama ada menggunakan kiosk atau di aplikasi mudah alih yang telah dikemas kini baru-baru ini.

Penumpang akan dikenakan caj sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa. Jika anda sekeluarga seramai 4 orang, anda perlu membayar RM 160 (RM 20x4x2) untuk penerbangan domestik pergi dan pulang.



Caj ini boleh dibayar secara tunai atau menggunakan kad debit/kredit di kaunter. Penumpang juga boleh membuat bayaran awal menerusi tempahan mereka di laman web AirAsia atau aplikasi mudah alih. Ia boleh ditemui di ruangan “My Bookings” > “Add-ons” > “Airport Shuttle, Car Rental, Tune Talk & More” > “Counter Check-in”. Tetapi, tambahan ini tidak boleh dibuat semasa membeli tiket penerbangan baru, hanya boleh ditambah selepas tempahan dibuat.

Walau bagaimanapun, penumpang tidak perlu membayar caj ini jika mereka mendaftar masuk menggunakan laman web AirAsia.com, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang. Selain itu, AirAsia turut memberi pengecualian caj daftar masuk di kaunter penumpang kurang mobiliti seperti orang kelainan upaya (OKU), penumpang dengan bayi di bawah 24-bulan serta kanak-kanak yang terbang seorang. Selain itu, pengecualian juga diberikan kepada penumpang Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang, serta beberapa pengecualian lain.



Kiosk daftar masuk AirAsia di KLIA2

Di samping itu, jika kiosk daftar masuk tidak terdapat di lapangan terbang atau rosak, caj daftar masuk di kaunter juga akan dikecualikan. Ini termasuk penumpang yang tidak dapat melengkapkan daftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk akibat masalah sistem.

Hanya tetamu yang mendaftar masuk melalui kaunter lapangan terbang di Malaysia, Vietnam, Brunei, Kemboja, Laos, serta Taipei, Kaohsiung dan Honolulu, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa, akan dikenakan caj daftar masuk melalui kaunter (menurut nilai yang sama dalam mata wang tempatan, tertakluk kepada kadar pertukaran mata wang yang telah ditentukan).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik berkata, “Kami telah melihat respons yang amat baik bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang sejak kebelakangan ini. Oleh itu, pelaksanaan caj daftar masuk melalui kaunter adalah cara kami untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital ini, yang menelan belanja besar, untuk menyokong dan meningkatkan kecekapan operasi dan kemudahan untuk para tetamu. Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan kami. Dalam dua bulan lepas, beribu-ribu tetamu yang melakukan perjalanan penting telah menggunakan prosedur perjalanan tanpa sentuhan kami yang merupakan langkah keselamatan dan sekuriti tambahan untuk kesejahteraan dan keselamatan para tetamu dan kakitangan kami.

“Kami juga merupakan salah satu syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dipaparkan di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. Para tetamu boleh memuat naik laporan PCR mereka atau dokumen perjalanan terpilih dan mendaftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih lancar. Kami menggalakkan semua tetamu untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan daftar masuk sendiri yang tersedia, untuk membiasakan diri dengan cara perjalanan baharu.”

Maklumat lanjut tentang caj ini boleh didapati menerusi ruangan soalan lazim FAQ di sini.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia kenakan caj sehingga RM 30 jika mendaftar masuk penerbangan di kaunter

1 September 2020
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN