• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa Tun M hantar “Proton Accord” ke England?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:09 am
  • 02/09/2020
  • Komen
Kenapa Tun M hantar “Proton Accord” ke England?
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu video YouTube yang sedang tular skearang di Malaysia menunjukkan kelibat sebuah Proton Perdana dalam kalangan kereta-kereta mewah dalam Gudang yang ditinggalkan. Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kenapa ia boleh berada di sana.

sumber
sumber

Kereta dengan nombor pendaftaran VK 5231 itu kemudiannya didedahkan milik bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir di saluran media sosialnya.



Menerusi tangkap layar permohonan untuk lakukan eksport sementara kereta itu, Tun Mahathir katanya ingin meminjamkannya kepada sebuah syarikat di U.K yang bernama Frazer Nash Research Ltd. untuk tujuan R&D kereta hibrid.

Permohonan tersebut bertarikh 4 Januari 2017.



Lebih banyak soalan timbul daripada jawapan

“Jabatan Netizen Malaysia” memang tajam matanya dan banyak info menarik boleh anda peroleh jika anda beralih ke ruangan komen.

Contohnya, kereta yang muncul dalam video ini adalah generasi ke-4 Proton Perdana yang dikeluarkan dalam tahun 2016 dan ia bukanlah hasil tangan Proton. Menurut media yang menghadiri pelancarannya, ini adalah kereta yang dibangunkan berasaskan Honda Accord generasi ke-8.

Bukankah lebih murah untuk beli terus dalam pasaran UK berbanding hantarnya daripada Malaysia?

Nama Frazer Nash Research Ltd. Juga mengetuk beberapa pintu soalan yang lain. Maklumat terkini yang dikorek oleh warganet menunjukkan yang ia sudahpun muflis.

Namun semasa era pemerintahan Tun M. syarikat ini memang terkenal di Malaysia sebab:

  • Membekal kenderaan elektrik untuk Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Olimpik Sydney 2000.
  • Bekerjasama dengan TNB untuk tubuhkan Perusahaan Otomobil Elektrik (Malaysia) Sdn. Bhd. (POEM) tapi telah jadi syarikat dorman pada pertangahan 2000.
  • Bekerjasama dengan Mining Company Berhad (MMC) untuk mereka cipta dan membina sistem monorail

Bagaimanakah syarikat yang terima kontrak mega ini boleh muflis tiba-tiba?

Perkara ini lagi pelik. Frazer-Nash Research Limited adalah anak syarikat kepada Kamkorp Limited.

Ia dilaporkan dimiliki seseorang yang bernama Kamal Siddiqi, seorang ahli perniagaan India yang menetap di UK. Dia terpalit dengan cerita 1MDB apabila didakwa miliki maklumat yang mengaitkan bekas PM Najib Razak dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Sebagai pemilik Kamkorm Limited yang sudah berusia hampir 30 tahun, saya gagal mencari apa-apa maklumat tentang individu tersebut. Kenapa pemilik syarikat multinasional ini tak pernah ditemu bual oleh mana-mana agensi berita dan tiada video temubual dimuat naik di YouTube?

Saya cabar anda cari Kamal Siddiqi yang saya maksudkan di atas, dan bukannya wartawan berbangsa Australia.

Tags: bristol carsprotonProton Perdanatun mahathir
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Kenapa Tun M hantar “Proton Accord” ke England?

Kenapa Tun M hantar “Proton Accord” ke England?

2 September 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER