• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi buka tempahan awal Galaxy S9 dari RM2,269

  • OLEH Najib
  • 8:58 pm
  • 01/03/2018
  • Komen
Digi buka tempahan awal Galaxy S9 dari RM2,269
Share on FacebookShare on Twitter

Digi kini telah membuka tempahan awal Galaxy S9 dan S9+, dan turut menyediakan hadiah percuma iaitu speaker Bluetooth Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699. Tetapi perkara lebih penting ialah diskaun dan pelan berkaitannya.

Tempahan awal ini dibuka dari 1 hingga 4 Mac 2018, dan akan mula dihantar pada 9 Mac 2018. Terdapat hanya dua model yang ditawarkan iaitu Galaxy S9 64GB dan Galaxy S9+ 128GB.



Untuk Galaxy S9 64GB, hanya satu warna tersedia iaitu Midnight Black. Tetapi Galaxy S9+ 128GB memiliki ketiga-tiga warna iaitu Lilac Purple, Coral Blue dan Midnight Black.

Digi menawarkan tiga jenis pelan untuk memiliki telefon pintar Samsung ini iaitu Digi Postpaid 80 with Gboost (RM90 sebualn), Digi Postpaid 110 (RM110 sebulan) dan Digi Postpaid 110 with Gboost (RM120 sebulan). Gboost ini adalah pelan tambahan RM10 sebulan yang menggabungkan data hari kerja dan hari minggu, serta menambah lagi 10GB data ke dalam kuota bulanan.



Untuk tawaran ini, pengguna perlu membayar deposit sebanyak RM450 untuk Digi Postpaid 80 dan RM550 bagi Digi Postpaid 110. Seperti biasa, ia akan dikreditkan ke dalam bil bulanan pengguna kemudian.

Harga telefon pintar Samsung Galaxy S9 dan S9+ bersama kontrak 24-bulan pelan Digi Postpaid adalah seperti berikut:

Galaxy S9 64GB

  • Digi Postpaid 80 with GBoost (RM90 sebulan) – RM2,359
  • Digi Postpaid 110 (RM110 sebulan) – RM2,269
  • Digi Postpaid 110 with GBoost (RM120 sebulan) – RM2,269

Galaxy S9+ 128GB

  • Digi Postpaid 80 with GBoost (RM90 sebulan) – RM2,949
  • Digi Postpaid 110 (RM110 sebulan) – RM2,859
  • Digi Postpaid 110 with GBoost (RM120 sebulan) – RM2,859

Tawaran yang disediakan Digi ini hanya untuk tempahan dalam talian di Digi Store sahaja. Jika berminat, lawati laman tempahan Galaxy S9 di Digi Store.

Tags: digiGalaxy S9Galaxy S9 DigiGalaxy S9 PlussamsungSamsung Galaxy S9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Digi buka tempahan awal Galaxy S9 dari RM2,269

Digi buka tempahan awal Galaxy S9 dari RM2,269

1 March 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN