• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A01 Core, telefon Samsung paling murah dikuasakan Android 10 Go

  • OLEH Najib
  • 9:59 am
  • 20/09/2020
  • Komen
Galaxy A01 Core, telefon Samsung paling murah dikuasakan Android 10 Go
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari telefon pintar paling murah, anda kini boleh mendapatkan Samsung Galaxy A01 Core. Ia telah mula dijual di Malaysia pada 18 September 2020 dengan harga hanya RM329 sahaja.

Dengan harga serendah ini, sudah pasti perkakas di dalamnya ala kadar sahaja. Tetapi ia boleh menjalankan aplikasi dengan lancar, kerana Galaxy A01 Core menggunakan sistem operasi Android 10 Go Edition.



  • Galaxy A01 Core
  • Galaxy A01

Telefon ini berbeza dengan Galaxy A01 yang telah dilancarkan lebih awal, berharga RM399 di Malaysia. Galaxy A01 menggunakan OS Android biasa, bukan Go Edition dengan prestasi lebih tinggi.

Kuasa pemproses telefon ini digerakkan oleh cip Mediatek MT6739, yang menggunakan 4-teras ARM Cortex-A53. RAM pula 1GB dan storan dalamannya 16GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 256GB.



Skrin LCD-nya tidak berapa besar, berukuran 5.3-inci dengan resolusi HD. Bateri pula 3,000mAh, dicas menggunakan mikroUSB.

Untuk mengambil gambar, ia dipasang kamera 8MP F2.2 di belakang dan 5MP F2.4 di depan.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Galaxy A01 Core iaitu biru, merah dan hitam. Mereka yang berminat, boleh mendapatkannya dari Samsung Experience Store, Stor Online Samsung atau mana-mana pengedar sah Samsung.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Samsung Galaxy A01 Core.

Tags: samsungSamsung Galaxy A01 Core
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A01 Core, telefon Samsung paling murah dikuasakan Android 10 Go

Galaxy A01 Core, telefon Samsung paling murah dikuasakan Android 10 Go

20 September 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN