Pastinya warga Lembah Klang takut untuk keluar ke pusat beli belah. Sekurang-kurangnya 5 tempat tumpuan ramai telah disahkan telah dilawati individu yang berisiko tinggi menghidap COVID-19. Malah, ada pihak pengurusan premis yang mengesahkan memang ada individu positif COVID-19 berada dalam premis mereka.
Antara lokasi yang sedang hangat sekarang ialah:
Setiap lokasi mengambil langkah segera untuk lakukan nyahkuman. Itu saya tak pelik sebab siapalah yang inginkan pusat komersial kosong walau sehari bukan?
Yang saya pelik adalah, kalau anda periksa MySejahtera, semuanya masih menunjukkan hijau dan beritahu anda tiada kes terbaharu dilaporkan dalam masa 28 hari. Persoalan yang perlu rakyat Malaysia tanya adalah “Sekerap manakah MKN kemas kini pengkalan data MySejahtera?”
Kalau lokasi tersebut adalah lokasi berisiko tinggi, sepatutnya ia akan laporkan seperti di bawah.
MySejahtera sepatutnya menggalas dua fungsi. Satu sebagai alat untuk bantu kerajaan lakukan pengesanan kontak rapat dan satu lagi sebagai pemberi amaran sekiranya pengguna berada dalau tempat berisiko tinggi.
Pihak KKM telahpun memberi maklum balas terhadap kegusaran yang telah ditimbulkan rakyat Malaysia dalam satu utusan di Facebook.
Menurut mereka, sesuatu kawasan tersebut akan dilabel sebagai berisiko tinggi hanya melalui prosedur-prosedur tertentu yang dijalankan KKM dan bukannya melalui laporan pihak ketiga. Walau bagaimanapun pihak KKM menghargai ketelusan pihak pengelola premis terhadap pemakluman awal melalui saluran media sosial masing-masing.
Apa kata warganet?
Ada sebahagian warganet yang tidak berpuas hati dengan penjelasan KKM ini. Mereka memohon agar KKM lebih telus dalam menyalurkan maklumat terutamanya memberitahu secara khusus lokasi yang terlibat agar rakyat Malaysia boleh elakkan berada dalam kawasan terbabit.
Ada juga yang katakan KKM menepis isu sebenar iaitu kenapa pengguna tidak dimaklumkan jika mereka berada dalam lokasi berisiko tinggi.
Ada yang bertanyakan kenapa premis-premis ini tidak ditutup sedangkan ada ke spositif dilaporkan? Mereka rasakan ini tidak adil kerana kedai-kedai kecil yang tak terkenal dipaksa tutup 2 minggu walhal premis besar tumpuan ramai tidak.