• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A93 akan datang ke Malaysia dengan 6 kamera

  • OLEH Najib
  • 4:13 pm
  • 28/09/2020
  • Komen
Oppo A93 akan datang ke Malaysia dengan 6 kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu telefon pintar dari siri A ke Malaysia tidak lama lagi. Telefon tersebut ialah Oppo A93, dilihat akan menggantikan tempat Oppo A92 yang dilancarkan pada bulan Mei lepas.

Telefon pintar Oppo siri-A memiliki ciri tersendiri di mana ia tidak menekankan pada prestasi tinggi, tetapi fungsi unik yang tidak terdapat pada jenama lain dengan harga yang hampir serupa. Untuk Oppo A92 lepas, ia adalah telefon pintar yang memiliki bateri 5,000mAh dan speaker stereo, sesuatu yang sukar ditemui dalam telefon di bawah RM1,200.



Bagi Oppo A93, masih tiada maklumat rasmi dikongsikan Oppo Malaysia melainkan gambar yang menunjukkan terdapat 4 kamera belakang dan 2 kamera hadapan, serta RAM 8GB dan storan 128GB. Malah, model ini masih belum dilancarkan di pentas antarabangsa. Jadi Malaysia mungkin pasaran terawal untuk Oppo A93.

Bagaimanapun, telah ada berita terbocor tentangnya. Salah seorang pembocor berita terkemuka, Evan Blass berkongsi gambaran Oppo A93 yang menunjukkan telefon dengan 4 kamera belakang dan 2 kamera hadapan. Kemudian, terdapat beberapa komen dari status beliau menyatakan, ia adalah serupa dengan Oppo F17 Pro yang telah dilancarkan di India.



Oh wait! That looks like the F17 Pro here in India pic.twitter.com/mCE9nfXSd9

— Pranav Hegde (@PranavHegdeHere) September 4, 2020

Jika benar sama dengan Oppo F17 Pro di India, bermakna Oppo A93 akan dikuasakan pemproses Mediatek Helio P95, bersama RAM LPDDR4X dan storan UFS2.1. Skrinnya dinaik taraf kepada Super AMOLED 60Hz, tetapi bateri dikecilkan kepada 4,000mAh. Pengecasan pula lebih pantas, dengan kuasa VOOC 4.0 30W.

Ia masih mengekalkan speaker stereo, serta jek audio 3.5mm dan menerima kad mikroSD. Kamera belakangnya menggabungkan kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan dua kamera mono 2MP. Dua kamera hadapan pula ialah kamera utama 16MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4.

Oppo F17 Pro di India

Terdapat tiga warna Oppo F17 Pro ditawarkan di India iaitu hitam, biru dan putih. Dengan skrin super AMOLED, ia menyediakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Harga jualan Oppo F17 Pro di India adalah INR 22,990 (~RM1,300). Sebelum ini, harga rasmi untuk Oppo A92 di Malaysia ialah RM1,199 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Adakah Oppo A93 akan berharga RM1,299 di Malaysia kelak? Kita nantikan pengumuman seterusnya dari Oppo.

Sumber: Oppo

Tags: oppoOppo A93
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Oppo A93 akan datang ke Malaysia dengan 6 kamera

Oppo A93 akan datang ke Malaysia dengan 6 kamera

28 September 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER