• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2 ahli politik ini baru pulang dari Sabah positif COVID-19, risikokan ratusan orang sekelilingnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:08 pm
  • 01/10/2020
  • Komen
2 ahli politik ini baru pulang dari Sabah positif COVID-19, risikokan ratusan orang sekelilingnya
Share on FacebookShare on Twitter

Berlaku di dua lokasi berbeza, ada dua kes positif COVID-19 melibatkan ahli politik yang baru pulang dari Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru sudah.

Kes 1

Insiden pertama berlaku di Melaka, melibatkan ADUN Ayer Limau, YB Amiruddin Yusof. Dia telah pulang dari Sabah pada 27 September 2020 dan memotong gelang pink-nya pada 29 Septemebr 2020 selepas pendakwa ujian saringan pertamanya negatif.



Kemudian dia dilaporkan telah pergi ke Kompleks Seri Negeri pada 30 September 2020 dan pada hari ini, pihak Kementerian Kesihatan menghubunginya memberitahu yang ujian kali kedua membuahkan keputusan positif.

Adun Melaka dipercayai positif COVID-19, Kompleks Seri Negeri diarah tutup #AWANInews #HapusCOVID19 https://t.co/GIVf7rqq35

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) October 1, 2020

Hasilnya, Kompleks Seri Negeri diarah tutup sehingga diberitahu kelak.



Insiden 2

Ia melibatkan 600 pelajar sekolah. Isteri kepada ahli politik tersebut katanya pulang daripada Sabah. Selepas disahkan positif COVID-19, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mengarahkan Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga ditutup.

600 pelajar buat ‘swab test’ susulan seorang guru yang juga isteri kepada ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah disahkan positif COVID-19 #BHnasional #covid19https://t.co/RiJodSf50H

— Berita Harian (@bharianmy) October 1, 2020

SK Permatang Janggus ditutup sehingga 8 Oktober 2020 ini.

Apa prosedur terhadap rakyat biasa?

Jika anda pulang daripada Sabah kerana ada kena mengena dengan Pilihan Raya Negeri, anda akan disaring dan dipakaikan gelang pink. Anda wajib pulang ke rumah terus dan tak dibenarkan berhenti di mana-mana lokasi selain rumah.

APP MySejahtera anda juga akan ditandakan menjadi Person Under Surveillance (PUS) dan setiap kali anda daftar masuk, anda akan digolongkan sebagai “berisiko tinggi”.

Selepas keputusan saringan keluar negatif, gelang anda akan dipotong dan hanya pihak Kementerian Kesihatan saja ada kuasa untuk memotongnya. Sungguhpun dipotong, status MySejahtera anda tetap tak berubah dan anda disarankan untuk lengkapkan tempoh kuarantin 14 hari.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan sudahpun lenguh mulut menasihati rakyat Malaysia untuk bertanggung jawab.

How about all stay at Home for awhile again?

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 30, 2020

Apa kata semua orang duduk di rumah saja buat sementara waktu untuk elakkan PKPD 2.0 dijalankan.

Tags: COVID-19covid19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
2 ahli politik ini baru pulang dari Sabah positif COVID-19, risikokan ratusan orang sekelilingnya

2 ahli politik ini baru pulang dari Sabah positif COVID-19, risikokan ratusan orang sekelilingnya

1 October 2020
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER