“Merakam menggunakan GoPro Fusion adalah seperti anda memiliki enam GoPro yang ditambat dalam bentuk sfera untuk melihat ke segenap ruang”. Itulah yang dinyakan pengasas GoPro, Nick Woodman tentang kamera sferikal yang bergelar Fusion. Kamera yang mula dijual di U.S sekitar November 2017 itu kini dibuka tempahannya untuk pengguna Malaysia bermula 1 Mac 2018.
Kamera berbentuk kuboid ini memiliki dua lensa yang membelakangi satu sama lain. Ia mampu merakam video pada resolusi 5.2K@30fps atapun 50fps@3K. Ia kalis air sehingga 5 meter dalamnya.
Fusion bukanlah sekadar kamera 360 yang biasa. Satu fungsi yang amat dibanggakan pengeluarnya adalah fungsi Overcapture. Disebabkan ia merakam pada resolusi yang nyata lebih besar berbanding kamera sferikal biasa, pengguna boleh memilih bingkai mana yang ingin dilihat tanpa mengorbankan kualiti gambar.
Walau bagaimanapun, mengendalikannya agak renyah. Kamera ini memerlukan dua kad mikro-SD untuk merakam dan video tidak dijahit terus di kamera tetapi perlu diimport masuk ke perisian khas untuk melakukannya.
Maka, ia bukanlah untuk pengguna kasual yang ingin menghasilkan kandungan 360 terus pada telefon kerana menyunting video sebesar 5.2K pastinya memerlukan kuasa pemproses yang tinggi.
Namun, jika anda berminat untuk memilikinya, tempahan dibuka sehingga 16 Mac ini dan mula diedarkan bermula 18 Mac ini. GoPro Fusion dijual pada harga RM3,199 dan pembeli yang menempah kamera ini dalam tempoh promosi akan dikelaskan tentang cara penggunaannya secara percuma di satu lokasi menarik.
Terus ke laman tempahan untuk maklumat lanjut.