(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh TIME)
Baru-baru ini heboh diperkatakan pelan jalur lebar tetap daripada syarikat terkemuka, memberi kelajuan muat naik berbeza dari apa yang ditawarkan. Kelajuan muat naik sebenar adalah 50% lebih perlahan dari yang diberitahu pada hari pertama ia diumumkan.
Dengan pakej tawaran untuk kelajuan Internet yang lebih pantas, pelanggan harus tahu bahawa rangkaian Internet yang lebih stabil dan konsisten adalah lebih penting. Apalah gunanya melanggan pelan 500Mbps tetapi kelajuan muat naik yang dapat dinikmati pada kebanyakan masa hanyalah 100Mbps.
Pasti sukar untuk menilai dan memilih pelan jalur lebar yang dapat memberikan kelajuan tinggi dan kestabilan paling konsisten sepanjang masa untuk rumah anda. Sebab, kena cuba dulu baru boleh tahu bukan? Namun, bila nak daftar untuk pelan Internet, pelanggan pula akan dikenakan kontrak jangkamasa 12 bulan ataupun lebih.
Untuk itu, laporan dan ulasan dari pihak ketiga dapat membantu pengguna membuat keputusan. Sumber informasi yang boleh dipercayai antaranya dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Ookla®, yang menjalankan ujian kelajuan Internet di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Dalam laporan prestasi rangkaian SKMM bagi tahun 2018 dan 2019, terdapat tiga syarikat telekomunikasi yang menawarkan jalur lebar tetap iaitu Maxis, TIME dan TM. Ketiga-tiga syarikat menunjukkan prestasi kelajuan yang memuaskan, melebihi 90%.
Namun, hanya TIME dapat mencapai masa kelewatan kurang dari 85% sepanjang masa, serta kehilangan paket pada 0%. TIME mencatat prestasi yang sama untuk tahun 2018 dan 2019, menunjukkan prestasi rangkaian yang sangat stabil.
Dari Ookla® pula, data kajian Speedtest Intelligence® menunjukkan, TIME memberikan prestasi Internet yang stabil dan konsisten untuk suku pertama dan kedua 2020, sekaligus menjadikan TIME sebagai Penyedia Jalur Lebar Tetap yang Paling Konsisten di Malaysia.
Sistem pemarkahan Ookla® mengikut Consistency Score mereka, mengenalpasti kualiti dan kepuasan pengguna Internet dengan kelajuan minima 25Mbps untuk muat turun (kelajuan yang disyorkan untuk menstrim 4K) dan 3Mbps untuk muat naik. Jika ia mempunyai kelajuan muat turun yang rendah, maka ia tidak mencapai kelajuan minima sepanjang masa dan ini boleh mengakibatkan kualiti video ditonton atas talian tersekat-sekat.
Dengan analisis dari SKMM dan Ookla®, jelas menunjukkan TIME memberikan kelajuan Internet jalur lebar terbaik dan paling konsisten di Malaysia.
TIME juga menawarkan pelan Internet paling berbaloi untuk dilanggan. Dengan serendah RM99/bulan untuk pelan 100Mbps, pengguna juga mempunyai pilihan Internet yang lebih laju dengan pelan 500Mbps sebanyak RM139/bulan. Pelan terpantas TIME 1Gbps pula hanyalah RM199/bulan. Jauh lebih murah dari tawaran syarikat telekomunikasi yang lain.
Lebih baik lagi, TIME kini mengadakan promosi untuk pelanggan baru. Untuk pelan 100Mbps, pelanggan boleh menikmati bulan pertama secara percuma. Penjimatan sebanyak RM99.
Bagi pelan 500Mbps dan 1Gbps pula, TIME menawarkan diskaun RM10 selama 24 bulan, penjimatan berjumlah RM240. Pelanggan baru juga akan menerima fon kepala tanpa wayar jenama SONY WH-C510 secara percuma. Tawaran ini diberikan untuk pelanggan yang mendaftar melalui laman web rasmi TIME, dan selagi stok masih ada.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang betapa konsistennya kestabilan Internet TIME, layari laman sesawang Quality Network TIME. Kepada yang berminat untuk melanggan, segera ke laman web rasmi TIME untuk mendaftar atau maklumat lanjut.