• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

14 Menteri dan Timbalan kuarantin kendiri, tiada PKP buat masa ini

  • OLEH Najib
  • 7:05 pm
  • 06/10/2020
  • Komen
14 Menteri dan Timbalan kuarantin kendiri, tiada PKP buat masa ini
Share on FacebookShare on Twitter

Perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini bukan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya hanya untuk memberi peringatan kepada rakyat untuk terus berjaga-jaga. Perutusan tersebut diadakan menerusi Facebook Live di rumah, kerana beliau sedang menjalani kuarantin 14 hari, akibat berhubung rapat dengan seorang menteri yang didapati positif COVID-19.

Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Hal Ehwal Agama telah disahkan positif COVID-19 dan meminta semua yang bertemu beliau antara 24 September hingga 4 Oktober untuk menjalani saringan kesihatan dan kuarantin kendiri di rumah. Beliau telah menghadiri mesyuarat kabinet menteri pada 3 Oktober, mengakibatkan semua hadirin terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari, termasuk Perdana Menteri.



Menteri Agama positif COVID-19, dikhuatiri jangkiti sebahagian besar menteri

Dr Zulkifli disyaki dijangkiti COVID-19 apabila pergi ke kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah, pada 24 Oktober lepas. Sabah pada waktu itu sedang di dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Perdana Menteri sendiri memaklumkan, beliau mendapati SOP penjarakan fizikal tidak dipatuhi di kebanyakan tempat semasa kempen PRN tersebut.

Tetapi Perdana Menteri menjamin, tiada lagi PKP akan dilaksanakan buat masa ini. Hospital juga bersedia untuk merawat semua pesakit COVID-19 dengan kesediaan ventilator, PPE dan ubat dalam negara mencukupi.



Pengesanan kenalan rapat mereka yang disaring positif juga lebih mudah berbanding peringkat awal, dengan penggunaan aplikasi MySejahtera semakin meluas, sekitar 60% daftar masuk. Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta agar semua rakyat untuk mendaftar dan menggunakan MySejahtera di mana-mana lokasi yang dilawati.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan bertindak lebih agresif untuk membuat saringan di penjara dan pusat tahanan, yang menjadi kluster terbesar kes positif kebelakangan ini. Perdana Menteri juga berharap agar orang ramai tidak panik melihat kenaikan mendadak kes positif COVID-19, serta tidak menyebar berita palsu.

COVID-19: Tragedi Oktober berterusan, kes positif melonjak ke 691

Malaysia hari ini mencatat rekod baru kes positif tertinggi, dengan 691 kes baru dan 4 kematian. Kedah mencatatat 397 kes, diikuti Sabah dengan 291 kes. Sebanyak 394 dicatatkan dari kluster Tembok, berasal dari Penjara Alor Setar.

Di akhir perutusan, Perdana Menteri meminta agar semua pihak bekerjasama dan tidak mencari kesalahan sesiapa, untuk bersama-sama meratakan semula graf jangkitan COVID-19 di Malaysia. Malaysia telah berjaya melakukannya sebelum ini dan boleh melakukannya sekali lagi.

Tags: COVID-19muhyiddin yassinpkp
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
14 Menteri dan Timbalan kuarantin kendiri, tiada PKP buat masa ini

14 Menteri dan Timbalan kuarantin kendiri, tiada PKP buat masa ini

6 October 2020
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER