• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Western Digital Perkenal SSD khas untuk anda perluas storan Playstation 5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:49 am
  • 09/10/2020
  • Komen
Western Digital Perkenal SSD khas untuk anda perluas storan Playstation 5
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mempersiapkan diri mereka dengan penawaran storan buat perkakasan generasi baru, Western Digital telah mengumumkan beberapa produk storan yang miliki sequential read yang tinggi. sequential read yang tinggi penting kerana pengoperasian komputer masa ini menjalankan perpindahan data superpantas antara storan dan pemproses. Jika storan tidak mampu menampungnya, bottleneck akan terjadi.

WD Black SN850 PCIe Gen4 M.2 SSD

Ini adalah storan dalam piawaian M.2 yang pertama menyokong PCIe4 daripada Western Digital. Sekiranya anda ingin memperluas storan PlayStation 5 anda kelak, ini adalah jawapannya.



Produk terbaru ini menggunakan PCIe Controller jenis baru  bagi memanfaatkan piawaian PCIe4. Merentasi tawaran kapasiti, WD Black SN850 miliki kadar sequential read sehingga 7GB/s. Sebagai perbandingan produk satu generasi kebelakang menawarkan sequential read dalam julat 3.1GB/s sehingga 3.4GB/s.

Aksesori tambahan yang boleh dikepilkan bersama SSD ini adalah heat sink sama ada yang ada RGB ataupun tidak. Benda itu dijual berasingan.



Berikut adalah harga rasmi WD Black SB850 dalam pasaran A.S:

  • 500GB – USD150 (RM623)
  • 1TB – USD230 (RM956)
  • 2TB – USD450 (RM1,870)

WD Black AN1500 PCIe Gen3 SSD

Produk ini dikhususkan kepada komputer yang tidak menyokong piawaian PCIe Gen3 tapi inginkan prestasi storan Gen4. Storan ini bukan hadir dalam bentuk M.2 tapi dislotkan terus pada slot PCIe yang ada diatas slot tempat anda pasang GPU.

Ia tawarkan sequential read yang hampir menyamai SN850 iaitu 6.5GB/s dan ia malar merentasi luas storan. sequential read juga malar iaitu pada kadar 4.1GB/s.

Berikut adalah harga rasmi WD Black AN1500 PCIe Gen3 SSD di A.S

  • 1TB – USD300 (RM1,246)
  • 2TB – USD550 (RM2,285)
  • 4TB – USD1,000 (RM4,155)

WD Black D50 Thunderbolt 3 Game Dock

Ini adalah storan luaran yang ada fungsi hub dan ia gunakan penyambungan Thunderbolt 3. Benda ini sangat berguna kepada komputer yang miliki port terhad tapi port yang ada menyokong Thuderbolt 3.

Selain ada pilihan storan 1TB ataupun 2TB, dock ini juga sediakan:

  • Port LAN
  • 3 Port USB-A
  • 4 Ports USB-C
  • 1 Port DisplayPort
  • 1 jek audio 3.5mm

Ada juga versi yang tiada storan untuk pilihan yang lebih murah. Berikut adalah harga WD Black D50 Game Dock:

  • Tiada storan – USD320 (RM1,329)
  • 1TB – USD500 (RM2,077)
  • 2TB – USD680 (RM2,825)

Sumber

Tags: pcie4storanWestern Digitalwestern digital malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Western Digital Perkenal SSD khas untuk anda perluas storan Playstation 5

Western Digital Perkenal SSD khas untuk anda perluas storan Playstation 5

9 October 2020
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER