• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V20 dan V20 Pro akan jadi peranti pertama dengan Android 11 dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:12 pm
  • 09/10/2020
  • Komen
Vivo V20 dan V20 Pro akan jadi peranti pertama dengan Android 11 dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo telah melancarkan telefon pintar Vivo V20 SE di Malaysia bulan lepas. Kini mereka akan menambah keluarga siri ini dengan pelancaran dua model lagi, Vivo V20 dan V20 Pro pada 20 Oktober 2020.

Dengan tema “Be The Focus“, Vivo turut mengiklankan telefon terbaru ini dengan rekaan yang sangat nipis, setebal 7.38mm sahaja. Malah, ia akan hadir dengan warna gradien yang menawan iaitu Sunset Melody, Midnight Jazz dan Moonlight Sonata.



Vivo Malaysia belum berkongsi maklumat teknikal mengenai telefon ini, tetapi laman web Vivo Global telah menyenaraikan model Vivo V20 dan Vivo V20 Pro. Dari segi spesifikasi, V20 dan V20 Pro berkongsi banyak perkara yang serupa.

Skrin kedua-dua telefon ini berukuran 6.44-inci, dari jenis AMOLED dan HD Penuh. Ia menggunakan takuk di atas skrin untuk menempatkan kamera hadapan, dengan V20 Pro memiliki takuk lebih besar. Bateri di dalam pula berkapasiti 4,000mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 33W.



  • Vivo V20
  • Vivo V20 Pro

Kamera belakang juga kelihatan sama, gandingan tiga kamera iaitu kamera utama 64MP F1.89, kamera ultra lebar 8MP F2.2 yang turut digunakan untuk makro dan potret, serta kamera mono 2MP F2.4. Perbezaan terdapat di kamera hadapan di mana V20 hanya ada satu kamera 44MP F2.0, manakala V20 Pro ada dua kamera gandingan kamera utama 44MP F2.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.28.

Persamaan kedua-dua telefon ini diteruskan di bahagian RAM dan storan, dengan RAM 8GB dan storan 128GB di dalamnya. Tetapi kuasa pemproses berbeza. V20 menggunapakai pemproses Snapdraon 720G, manakala V20 Pro dilengkapi cip Snapdragon 765G dan menyokong rangkaian 5G.

Menariknya, Vivo menyenaraikan V20 dan V20 Pro dengan sistem operasi Funtouch OS 11, berasaskan Android 11. Jika tepat pada masanya, ia boleh menjadi peranti pertama dilengkapi Android 11, dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Untuk rujukan, Vivo V20 SE telah dijual di Malaysia pada harga RM1,199. Ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 665, RAM 8GB, storan 128GB, skrin AMOLED 6.44-inci, kamera utama 48MP dan kamera hadapan 32MP. Harga untuk Vivo V20 dan V20 Pro, pasti lebih mahal dari ini.

Tags: vivoVivo V20Vivo V20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Vivo V20 dan V20 Pro akan jadi peranti pertama dengan Android 11 dilancar di Malaysia

Vivo V20 dan V20 Pro akan jadi peranti pertama dengan Android 11 dilancar di Malaysia

9 October 2020
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER